Monday 30 June 2014

Nurjannah



Nurjannah begitulah panggilan namanya  kepada kami di FB .Seorang wanita yang tabah yang telah ditinggalkan oleh suaminya dengan anak 3 orang yang masih belajar di bangku sekolah.Perkahwinan selama 19 tahun itu lebur dalam masa 3 bulan sahaja selepas suaminya berhirjah ke Selangor untuk bertugas sebagi Pensyarah di sebuah Universiti Tempatan di sana. .Anak-anaknya masih bersekolah dan untuk menampung perbelanjaan harian dan sekolah anak-anaknya beliau membuat kerja sebagai tukang jahit di sebuah pekan di Terengganu .
Ceritanya bermula apabila suaminya menceraikannya 3 tahun sudah kerana tidak ingin dimadukan .Bekas suaminya seorang pensyarah di sebuah institusi yang terkenal di Malaysia  telah terpikat dengan seorang wanita iaitu bekas penuntutnya .Sebelum itu bekas suaminya bertugas di Terengganu dan selepas ditukarkan ke Selangor perangainya bertukar .Nurjannah tidak dapat menerima kehadiran orang ke 3 di dalam hidupnya kerana itu beliau tidak ikut serta dengan bekas suaminya berpindah ke Selangor.Perkahwinannya dengan wanita pilihan hatinya   cuma dapat  bertahan selama 8 bulan sahaja dan selepas itu wanita itu meminta cerai kepada bekas suaminya.Yang malangnya bekas suaminya telah membeli rumah dan kereta kepada wanita itu sebelum mereka berkahwin dan setelah dapat semuanya itu wanita itu pun meminta cerai kerana tiada persefahaman.
Bekas suaminya ada berusaha untuk merujuk kembali dengannya tetapi hatinya pada masa ini masih lagi tidak dapat menerima kecurangan bekas suaminya yang tidak mempedulikan akan hal dirinya dan anak-anaknya selama mereka berpisah itu menambahkan lagi sakit dihatinya.Kerana terasa terlalu perit maka hatinya tidak dapat menerima bekas suaminya walaupun beliau memaafkan segala perbuatan bekas suaminya dari dunia hingga akhirat.



Sekarang ini Nurjannah merasa selesa dengan kehidupannya walaupun tidak mewah tetapi cukup untuk menampung kehidupan beliau sekeluarga.Beliau membuka kedai jahit pakaiannya sendiri setelah  sebulan bercerai dengan bekas suaminya  .Dan perniagaannya itu makin sehari makin berkembangan dan sekarang beliau mempunyai 2 orang pembantu di kedai jahitnya hasil daripada kesabaran dan ketaatan beliau kepada Allah dan menyerahkan segala daya dan usaha kepada illahi.

No comments:

Post a Comment