Friday 20 June 2014

Perjalanan Seorang Banggala


Di stesyen hari ini tidak ada banyak teksi cuma yang ada kami bertiga sahaja.Pak Syed, Shahjahan dan aku.Pagi ini perjalanan trip agak lembab sedikit maklumlah hari rabu memang selalu macam tu.Aku berada di trip no satu dan diikuti Pak Syed dan Shahjahan.Aku lihat di hadapan lobi hotel itu pun tidak ada banyak orang sunyi sepi sahaja.Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi.Selalunya pada jam-jam begini kami semua dah boleh mendapat sekurang-kurangnya 2 trip seorang.
Aku lihat seorang lelaki sedang berjalan menuju kearah stesyen teksi ,lelaki ini nampak simple sahaja dengan mengalas sebuah bag galas di bahunya.Setelah lelaki itu mendekati stesyen aku terus mendapatkan lelaki itu.”Encik ,nak pergi mana “? Tanya ku kepada lelaki tersebut.Pemuda itu terdiam tidak berkata apa-apa pun tanpa sepatah kata.Aku renung betul-betul mukanya.Oh baru aku perasan bahawa lelaki itu bukannya warga Malaysia .Jadi sudah tentulah dia tidak faham bahasa Malaysia .Aku senyum kepadanya dan mula bertanya kepadanya di dalam bahasa Inggeris .”Yes, mister where are you going”?
Lelaki itu tersenyum sambil berkata “I’m going to Ibeden Factory in Juru,Seberang Perai”.Lantas aku pun menjemputnya masuk kedalam teksi ku.Rupanya pemuda itu adalah warga Banggalades yang bekerja di sebuah kilang yang agak ternama di sini.Sekali imbas memang tidak nampak macam Banggala yang selalu aku temui disini.Beliau kelihatan agak cerah dan bertutur dengan bahasa Inggeris yang amat baik tidak seperti yang pernah aku temui selalunya.
Semasa di dalam perjalanan untuk ke kilang tersebut ,talifon bimbitnya berdering dan aku dengar beliau bercakap di dalam bahasa Jepun dengan seseorang rakan sejawatnya.Selepas perbualan itu aku pun bertanya kepadanya untuk apa dia hendak ke kilang tersebut.
Beliau berkata bahawa hari ini beliau cuti dan ada beberapa kerja yang perlu disiapkan untuk dihantar balik ke Jepun di  melalui fax.Kerja-kerja beliau ini banyak kepada R&D untuk kilang tersebut .Jadi semua kerja-kerja yang beliau lakukan adalah amat penting dan jadi sebahagian daripada rahsia kerjanya.Segala surat menyurat hendaklah dilakukan di pejabatnya di kilang tersebut.
Seterusnya beliau menceritakan pengalaman kerja  beliau kepada ku sehingga dihantar oleh kilang di Jepun untuk berkhidmat disini.Selepas beliau menamatkan pengajian beliau di Banggalades beliau menyambung pelajaran beliau di Jepun selama 8 tahun sehingga ke peringkat Master.Setelah tamat pengajian disana beliau ditawarkan berkhimat di kilang Ibeden selama 2 tahun setengah.Beliau juga menceritakan bahawa kos sara hidup di Jepun sangatlah tinggi berbanding dengan negara-negara yang di Asia Tenggara ini.Untuk menyewa sebuah bilik boleh mencecah sebanyak Rm3000 ringgit wang Malaysia sebulan.
Sekarang ini beliau dihantar oleh majikannya untuk satu projek disini selama satu tahun menjalankan projek R&D .Beliau memberitahuku bahawa beliau merasa cukup selesa berada di Malaysia kerana iklimnya sesuai dengan negara Banggalades dan makan minum juga ada persamaan berbanding dengan makanan di Jepun kebanyakkannya makanan yang kurang dimasak dan ada juga yang tidak masak.Di Jepun pada musim sejuk beliau terpaksa memakai pakaian sejuk sehingga berlapis-lapis dan musim sejuk disana sungguh panjang.
Beliau juga cuba memperlajari beberapa bahasa Melaysia kerana beliau tertarik dengan cara orang-orang Melayu  bertutur sesama sendiri .Jadi dalam perjalanan ini kami sempat berbual dan memperlajari beberapa bahasa bangla dan bahasa Melayu dan sama-sama bertukar pendapat mengenai beberapa perkara dan hal ehwal semasa.
Aku amat kagum dengan kegigihan beliau walaupun memegang jawatan yang peting di dalam kilang tersebut tetapi tidak langsung menunjukkan sifat sombang dan bongkaknya sentiasa merendah diri apabila bertutur dan penuh hormat.Beliau juga ada bercadang untuk memohon supaya ditempatkan disini sekembalinya dari Jepun pada minggu depan katanya.

Katanya lagi Malaysia adalah sebuah negara yang maju dan makmur dimana rakyatnya hidup bersatu padu walaupun ada perbedaan pendapat tidk seperti di negara beliau dimana keadaan adakala tidak stabil dengan ekonomi yang kurang baik.Sebab itulah kita boileh dapati banyak pendatang-pendatang daripada Banggalades keluar daripada negara itu untuk mencari kehidupan yang lebih selesa dengan sanggup meredah berbagai-bagai dugaan semata-mata mencari satu kehidupan yang lebih selesa.

No comments:

Post a Comment