Wednesday 11 June 2014

Permainan Sihir



“Panas sungguh hari ini” ,begitulah keluhan seorang penumpang yang aku ambil di perhentian jeti. Aku lihat dia mengipas-ngipas dengan mengunakan surat khabar yang berada di tangannya .”Bang hantar saya ke Hotel Malaysia” pintanya sambil mengeluarkan sehelai saputangan daripada seluarnya.
Sudah seminggu tidak hujan, keadaan berjerubu sudah berlanjutan lebih daripada seminggu.Boleh dikatakan disana sini manusia kebanyakkan tidak keluar rumah sebab tidak tahan  kepanasan yang agak melampau ketika ini.
Rumput-rumputdi sepanjang bahu jalan semuanya kelihatan kekeringan dan daun-daun luruh disepanjang-panjang jalan .Jalan raya berdebu sana-sini dan sekarang ini pula musim batuk dan juga banyak kanak-kanak demam sebab suhu panas.
“Biasa lah encik, sekarang  ini musim panas,insyaalah nanti hujan lah kita berdoa ramai-ramai nanti” kataku sambil menguatkan lagi aircon kereta ku.
Penumpang ku seorang lelaki yang masih muda kelihatan agak berada juga dari segi pakaian dan penampilannya.Sesekali aku lihat melalui cermin pandang belakang dia sedang merenung jauh keluar tingkap teksi ku.
“Melamun jauh nampaknya” aku mengejutkannya dengan pertanyaan tersebut yang aku memang sedar dia sedang mengelamun sebab matanya tidak berkelipkelip.
“Payah sangat la..nak percaya dan tidak percaya sama banyak” ujarnya dengan nada keciwa.
“Saya tidak sangka betul kawan karib saya sendiri sanggup mengkhianati saya sebab cemburu dan iri hati kepada saya” katanya sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Apa sebenarnya berlaku encik boleh saya tahu” pinta ku sebab aku tidak faham apa yang diperkatakannya tadi.
“Begini bang, saya membuka sebuah restoran  di Kuala Lumpur ,perniagaan saya alhamdulilah semakin hari  semakin maju  dan saya amat bersyukur di atas limpah kurnia yang Allah berikan.Jualan dalam sehari mencecah hingga Rm 6000. Kekadang lebih.Saya  buka perniagaan saya sudah 3 tahun lebih.
Tetapi sejak bulan lalu perniagaan saya terus jatuh merudum dengan tiba-tiba.Pada permulaannya saya anggap perkara biasa lumrah perniagaan ada masa naik dan ada masanya turun tetapi kali ini keadaannya amat berbeza sekali.Pernah pada satu hari perniagaan saya cuma memperolehi hanya Rm 300 sehari sahaja.
Saya masih lagi bertahan dan buat beberapa perubahan di dalam masakan saya mungkin kerana cita rasa pelanggan saya sudah berubah agaknya.Pada minggu sudah saya didatangi oleh beberapa pelanggan tetap saya ,mereka tanya saya mengapa tidak buka restorant sebab meraka tidak nampak saya berniaga .Saya beritahu mereka bahawa restoran saya tidak pernah tutup mpu8n melainkan hari Ahad sahaja.Ini menimbulkan perasaan tidak sedap hati.Tetapi saya tidak ambil kisah sangat mungkin pelanggan saya itu bergurau agaknya.Pada satu pagi sedang pekerja saya membersihkan restaurant dia terjumpa dengan beras kuning dan buah limau di hadapan restoran saya.Sejak dari itu saya mula mengesyaki sesuatu berlaku ke atas restaurant saya. Saya pernah terdengar tentang perbuatan khianat menggunakan sihir untuk merosakkan perniagaan ,kemudian saya melakukan sembahyang  sunat tahjud dan membaca yassin selepas itu saya pun berzikir dengan menggunakan ayat kursi sebanyak 100 kali lebih supaya Allah memberi perlindungan kepada saya yang terainaya ini,selepas solat saya terus tidur dan di dalam tidur saya bermimpi saya pergi di hadapan kedai saya dan ternampak seorang wanita sedang mengibas-ngibas tangannya dan wanita itu ternampak saya dan terus lari.Saya pun mengekori wanita itu lalu dia masuk kedalam hutan.Di dalam hutan itu ada sebuah rumah buruk ,wanita itu masuk ke dalam rumah itu  saya terus mengekorinya masuk ke dalam rumah itu.Di dalam rumah itu ada seorang orang asli sedang memuja sesuatu selepas orang asli itu memandang saya dia terus pengsan dan disebelah orang asli itu saya ternampak sahabat saya berdiri disitu .Saya terus membaca ayat kursi dan lihat tempat orang asli itu terus terbakar dan muka sahabat saya tiada disitu lagi.Saya terkejut dan terjaga dan lihat jam menunjukkan pukul 5.00 pagi lantas bangun untuk solat subuh.” Katanya sambil menarik nafas yang panjang.
Keesokkan harinya seperti biasa dia pergi ke restorannya untuk memulakan perniagaannya dan alhamdulilah perniagaannya kembali seperti sediakala,dia bersyukur ke hadrat Allah kerana menunaikan hajatnya dan tidak sangka bahawa sahabat karibnya sendiri sanggup untuk berbuat khianat kepadanya.Setelah direnung kenapa sahabatnya sanggup melakukan perbuatan itu baru dia ingat  bahawa tempoh hari sahabatnya datang untuk meminta bantuan kewangan tetapi dia menolak sebab pada waktu itu dia terpaksa menggunakan wang yang agak banyak untuk urusan kerja pengubahsuaian restorannya.Sahabatnya pula meminta pinjaman  jumlah wang yang agak banyak dia tidak dapat memberi pinjaman tersebut.Mungkin disebabkan hal tersebut membuatkan sahabatnya marah kepadanya.Walaupun dia tahu siapa yang melakukan khianat terhadapnya dia tidak ambil tindakkan dan tidak mahu masalah ini berpanjangan.Sejak dari hari itu sahabatnya tidak muncul lagi dan dia tidak tahu kemana perginya sahabatnya itu.
“Biasa lah Encik , dalam dunia ini macam-macam orang ada ,tidak semuanya baik seperti yang kita sangkakan,macam perpatah Melayu katakan “Buat baik berpada-pada ,buat jahat jangan sekali”ujurku kepadanya sambil tersenyum.
Setibanya di hadapan pintu hotel aku pun memberhentikan teksi ku dan beliau memberikan ku Rm 20 ringgit sebagai tambang teksi .
Begitulah di dalam dunia  ini macam-macam perangai orang ada tetapi kalau sahabat sendiri buat khianat alangkah sedih dihati tambahan pula sekiranya sahabat itu pernah kita tolong semasa dia susah dahulu.Begitulah ujian daripada Allah menguji keimanan kita supaya sentiasa tabah dan berserah diri kepadaNYA selepas berusaha.



No comments:

Post a Comment