Monday 9 June 2014

Pengorbanan Seorang Bapa

7hb.Jun.2014 jam 6.oo petang aku bergegas ke rumah sahabat ku Ahmad Rosli ,”Hello, Hang tunggu aku dihadapan pondok pengawal, aku datang jemput hang kita  pergi sekali” sambil memerhatikan lampu isyarat dihadapan simpang jalan dihadapan ku masih berwarna merah.
Setibanya aku di hadapan pondok pengawal aku kelihatan Ahmad Rosli seperti biasa  berkopiah putihnya dangan berjambang sedang menunggu aku .”Hang dah lama tunggu aku ke”.sambil membuka pintu kereta ku. Lalu dia masuk sambil menghulurkan tangannya berjabat tangan mesra “Tak ,aku sampai hang pun sampai” jawabnya.
Kami sebenarnya hendak ke perjumpaan alumi Sekolah lama kami St.Xavie’s Institution semperna menyambut hari ulang tahun kami yang ke 50 .Setelah berpisah lebih kurang 33 tahun lamanya tentu banyak cerita –cerita yang dapat kami kongsi bersama selain itu dapat mengeratkan lagi tali silatulrahim kami yang telah terputus sekian lama.
“Aku baru balik daripada Ipoh ,hantar anak perempuan aku yang belajar di sana ,aku tengok jalan cukup sesak semasa hendak masuk ke jambatan Pulau Pinang tadi” katanya .
“Biasalah ,hang pun tahu apabila cuti umum sahaja ,masalah kesesakan jalan raya di sini memang begini” balas ku sambil memerhatikan kereta yang sungguh sesak dihadapan kami.
Setibanya kami di sekolah ,kami dapati ramai kenalan kami terdiri daripada berbilang bangsa sedang berkumpul di hadapan sekolah tersebut sambil mendaftarkan nama di meja pendaftaran.
Suasana riuh rendah dapat di lihat sesama kami saling berpelukkan,maklumlah setelah sekian lama tidak berjumpa ,masing-masing kami bercerita dan bertanyakan khabar tentang diri masing-masing.
Murid berbangsa Melayu semasa aku bersekolah di tingkatan 5 dahulu sememangnya tidak ramai kurang daripada 20 orang ketika itu.Aku mencari sahabat-sahabat ku yang lain cuma yang hadir hanyalah dalam 8 orang sahaja murid Melayu.
Dalam bercerita tentang diri masing-masing dan bertanyakan khabar antara satu sama yang lain aku sungguh sempati terhadap sahabat ku yang seorang ini.Aku lihat dia tidak banyak barcakap tidak seperti dahulu semasa  zaman remaja,dia merupakan seorang yang periang.
“Din,aku tengok awak  diam saja dari tadi,awak tidak sihat ke?” aku bertanyakan kepadanya sambil membawa segelas minuman untuknya.
“Aku ,biasa saja, terima kasih” balasnya dengan senyuman sambil mengambil minuman yang aku bawakan tadi .
Aku lihat dipenjuru dewan sana Rosli,Adnan,Syukur,Sharul,Thiru,Lee kim,Gautama dan Lesley Micheal sedang bergelak ketawa mendengar cerita masing-masing terutamanya Shahrul yang memang agak nakal dari dahulu lagi ,” jom pi disana” sambil menunjukkan meja mereka lantas kami pun ke sana.
“Saya tak kerja, sekarang saya jadi Mr.Mama atau lebih senang dipanggil Surarumah , pagi jadi pemandu untuk isteri dan anak-anak saya ke sekolah ,balik saya masak dan jaga anak-anak yang lain” kata Syarul .
“Isteri saya berkerja sebagai seorang guru ,saya berhenti kerja sebab dahulu saya bekerja di Langkawi di bidang perhotelan sebagai penyelia .Tidak tahan kena berulang alik setiap minggu dan selalu berjauhan dengan anak-anak, saya ambil keputusan berhenti dan sekaranag ini saya ada banyak masa dirumah “ katanya .
“Awak anak berapa orang?” Tanya Lesley Micheal .
“OOO anak , 7 orang sa ha ja” katanya dengan bangga sekali sambil menunjukkan isyarat kuat dengan tangannya.
“Sudah tentulah, awak memang kerja kuat sebabnya awak ada banyak masa” balas Lee Kim dengan ketawa besarnya diikuti oleh kami semua.
Perjumpaan kami berakhir pada jam 12 tengahmalam dan masing-masing bersurai.Di dalam perjumpaan itu kami berjaya mengumpulkan sejumlah wang untuk  memasangkan penghawa dingin untuk dewan sekolah .Ini merupakan sumbangan daripada kami sebagai bekas penuntut di sekolah ini.
Setelah semuanya selesai aku pun mengambil kereta ku dan menjemput Rosli,Kamaruddin ,Syukur untuk menghantar mereka pulang kerumah masing-masing.Sebelum kami semua pulang kami berhenti seketika di medan selera di Seagate  untuk minum kopi .
“Jom pergi minum sebelum aku hantar awak semua pulang” aku menjemput mereka ,maklumlah setelah sekian lama tidak berjumpa dengan Kamaruddin kali terakhir semasa di tingkatan 5 pada tahun 1981,  baru hari ini aku bertemu kembali.
“Din,awak nampak tidak begitu ceria aku tengok tadi,ada masalah ke ,bagi tahu kepada kami,apa guna kalau ada sahabat tidak boleh membantu ,insyaalah kami bantu sekadar kami mampu” kata ku kepadanya.
Rosli dan Syukur pun menanggukkan kepala tanda bersetuju memberi pertolongan sekadar kemampuan masing-masing.Maklumlah kami sudah berkawan sejak daripada kecil lagi terutamanya aku,Rosli dan Syukur yang duduk sekampung semasa kecil.Kamaruddin kami kenal semasa di Tahun 5 1975 semasa itu keluarganya berpindah ke Pulau Pinang daripada Johor Bahru.
Jadi persahabatan kami bukannya sekadar kawan biasa malah lebih daripada itu ketika kami berada di bangku sekolah lagi,maklumlah disekolah itu murid berbangsa Melayu memang tidak ramai ketika itu.Jadi sifat tolong menolong antara kami sememangnya terjalin dari dahulu lagi memang begitu akrab .
“Aku dengar awak dah berpisah dengan isteri awak,betul ke?” tanya aku kepadanya setelah memesan minuman dan makanan sekali.
“Malas lah nak cerita ,benda dah berlalu,biarkanlah” dia malas untuk bercerita masalahnya dengan kami.
“Din..,kenapa hang malu ke dengan kami, kita ni sudah macam adik beradik, dulu apa-apa masalah pun  kita kongsi bersama ,hang ingat semasa kita kat sekolah dahulu sampai sekarang ni pun kami masih macam itu juga,sedikit pun tak berubah”.kata Rosli sambil memegang tangan Kamaruddin yang kelihatan menundukkan wajahnya.
Seketika kemudian Kamaruddin pun membuahkan kata-katanya bercerita tentang sejarahnya dari mula hingga akhirnya kepada kami.
Selepas tingkatan 5 Tahun 1981 dia terus kerja di kilang elektronik sehingga 1993 dia mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya.Dia dikurniakan 2 orang cahaya mata kedua-duanya lelaki.Kerukunan rumahtangganya cuma berkekalan sehingga tahun 2002 dan isterinya meminta diceraikan kerana dengan alasan tidak lagi sefahaman dan masalah kewangan yang selalu mereka hadapi.Baginya alasan yang dikemukakan oleh bekas isterinya itu tidak masuk akal langsung kerana selama ini pun tiada ada apa-apa masalah yang pernah timbul tentang masalah kewangan.Pada masa itu anak yang sulungnya itu berumur 8 tahun dan kedua umur 6 tahun.Dan akhirnya Tahun 2002  perpisahan pun berlaku walaupun hatinya begitu berat untuk melepaskan.
Sejak dari itu dia terus memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa terhadap kedua-dua anaknya kerana bekas isterinya tidak mahu mengambil dan  memelihara anak-anak mereka .Sememangnya bukan mudh untuk memikulkan dua tanggungjawab dalam satu masa bak kata perpatah berat mata memandang berat lagi bahu menanggungnya.Bukannya dia tidak mahu berkahwin lagi tetapi risau tentang anak-anaknya yang mungkin tidak akan mendapat perhatiaan daripada wanita yang akan dikahwininya nanti.Pengorbanan dan kasih sayang terhadap anak itu dicurahkan sepenuhnya sehinggalah hari ini ,anak-anaknya telah menjangkau umur   18 dan 20 tahun dan masing-masing sudah boleh berdikari.
Baru-baru ini ,anak-anak aku tanya kepada aku  “Bapa tak mahu kahwin lagi ke?”Aku binggung hendak menjawab pertanyaan mereka.Mungkin mereka sudah bersedia atau mereka memikirkan tentang diri aku yang semakin berumur dan perlukan seseorang sebagai teman hidup.Aku jadi serba salah sebab kasih sayang aku sememangnya tercurah untuk anak-anak aku sahaja dan tidak boleh dipisahkan dan dikongsi oleh sesiapa lagi.Aku masih lagi rasa tiada keyakinan untuk mendirikan rumah tangga untuk kali kedua sebab aku takut kejadian yang pernah menimpa ku akan berulang kembali .
“Entahlah, biarkan Allah sahaja yang menentukannya sebab soal jodoh,ajal dan maut adalah urusanNYA.Aku hanya berserah sepenuhnya sebab aku tiada daya upaya semuanya melainkan kehendakNya .” begitulah kata-kata akhir daripadanya sambil melemparkan senyuman kepada kami.
“Baiklah Din, kami faham sekarang tetapi kalau ada apa-apa yang awak perlukan pertolongan daripada kami, jangan malu dan segan ,kita ni macam dulu juga.Kalau dah jumpa dengan jodoh ,awak cuma bagi tahu sahaja, tentang belanja nak kahwin tu jangan susah hati kita boleh uruskan” begitulah kata-kata daripada Rosli untuk menguatkan keyakinan diri Kamaruddin.
“Sekarang jam dah pukul 4.30 pagi dah ,tak kan nak tidur disini,jom balik nanti kita jumpa di lain masa pula” Syukor bingkas bangun sambil menepuk bahu Kamaruddin.
Aku terus mendapatkan keretaku dan menghantar mereka semua pulang kerumah masing-masing jam menunjukkan sudah pukul 5.10 pagi baru aku sampai dirumah ku sambil isteriku sudah bangun untuk sembahyang subuh.







2 comments:

  1. He was not the only one who went through a divorce amongst the Class of 81. It is very nice of you all to keep the brotherly relationship going after many years!

    ReplyDelete
  2. Bro.lee ..setahu saya semasa perjumpaan reunion kirta saya hanya dapat bertemu dengan sahabat kita ini sahaja yang mana dia meluahkan perasaannya ketika itu..sesungguhnya persahabatan antara kita tidak akan berubah walaupun usia kita telah menelan kita..BFF

    ReplyDelete