Wednesday 4 June 2014

Ragam Penumpang dan Pemandu Teksi

Pada pagi ini macam biasa,kami semua berkumpul di hadapan stesyen teksi di depan hotel.Teksi banyak hari ini dari pagi tadi hanya 3 buah teksi sahaja yang dapat bergerak ,kesemuanya pergi hantar penumpang ke lapangan terbang.Kemudian dari jam 8.00 sehinggalah jam 10.30 pagi   sebuah pun tidak bergerak-gerak .
Kekadang memang macam itu, kami sudah biasa dengan keadaan seperti ini.Tidak selalu ada penumpang dan di hotel pun tidak selalu ada orang yang perlukan teksi ,ada juga yang datang dengan kenderaan sendiri atau dengan bas pelancung.
Kami macam biasa , bila dah tidak ada pelanggan mulalah buka meja bulat, masing-masing keluarkan topik apa yang ada di kepala masing-masing.Dalam kehangatan berborak itu,  datang dua orang pelanggan dari arah seberang jalan sana.Aku kelihatan 2 orang lelaki berbangsa Afrika yang sedang berjalan dengan tergopoh gapah ke stesyen kami.Di tangan masing-masing ada bag yang dibawa mereka.
“Teksi, take us to airport”..kata seorang lelaki itu yang berbadang agak sasa daripada seorang lagi yang agak rendah daripadanya.
Ketika itu Fadzil berada di no. 1 , maka gilirannya untuk membawa pelanggan tersebut ke lapangan terbang.Fadzil tidak petah berbahasa Inggeris lalu  bangun mendapatkan lelaki tersebut sambil di tangannya ada senarai tambang .
“Airport Rm 45.00 ringgit Sir”..kata Fadzil sambil menunjukkan senarai tambang kepada pemuda itu.
Lelaki Afrika itu membelek senarai harga tambang yang berada di tangan Fadzil sambil berkata sesuatu dalam bahasa ibudanya yang tidak kami fahami kepada rakannya itu.
“Why Rm 45.00 “ katanya kepada Fadzil sambil membeliakkan biji matanya yang hitam dan besar itu.
Aku sudah terasa tidak sedap hati ,tentu akan berlaku sesuatu nanti tersentak dihati ku.Selalunya begitulah akan berlaku sekiranya pelanggan tidak berpuas hati .Sebab pelanggan ini pun ada berbagai-bagai kerenahnya.Tidak semuanya baik dan tidak semuanya jahat.Begitu juga lah dengan pemandu teksi , tidak semuanya baik .Sebab namanya pun manusia memang akan ada serba sedikit kekurangannya.
Aku lihat Fadzil dah mengelabah sebab dia tidak begitu fasih berbahasa Inggeris dan dia juga memang gagap apabila bertutur.Itu adalah semulajadinya.Kekadang kami pun tak faham bila dia bertutur kerana dia orangnya yang cepat panic kalau sesuatu keadaan mendesak.
“Price list Rm 45.00 ringgit Sir from station  to Airport” itu sahaja yang Fadzil boleh katakan selainnya dia hanya berdiam diri apabila lelaki Afrika terus membebel tidak puas hati di atas harga tambang yang dikenakan itu.
Kasihan aku lihat Fadzil dah mula mengeletar dan mengelabah kekadang aku hendak tergelak juga dengan sifat perangainya yang cepat  mengelabah.Aku lihat rakan-rakan aku yang lainnya mulai tersenyum kambing kepadanya.  Fadzil yang berbadan kurus dan rendah ,kakinya kecil sebelah bila berjalan memang tampak ketempangannya.Tetapi beliau amat gigih berusaha dalam mencari rezeki.Keretanya berkilat selalu,tiap-tiap pagi dia akan mengilap keretanya luar dan dalam.Didalam kami semua yang ada di stesyen ini, beliaulah yang paling rajin dan kereta teksinya adalah yang paling bersih di antara semuanya yang ada di stesyen.
“Can you less the fare to us” pinta lelaki Afrika itu kepada Fadzil  sambil memerhatikan jam di tangannya.
“Ok..I give you Rm 40.00 ringgit”..kata Fadzil sambil memerhatikan wajah lelaki Afrika itu.
“Ok..let’s go,we are in hurry now”..tegas lelaki Afrika itu lantas dicapainya bag dan terus fadzil membawa mereka ke teksinya yang berada di hadapan parkir hotel.
Begitulah ragam  sesetengah pelanggan yang selalu kami berhubung dan aku teringat di mana pernah ada pelanggan memaki hamun kami di station disebabkan tidak mahu membayar tambang yang kami tunjukkan dan bermacam-macam kata kesat yang dikeluarkannya.Bagi aku  sememangnya aku tidak pedulikan apa yang dikatakan kepada kami disebabkan sekiranya kami bertindak balas tentulah kesalahan tersebut akan jatuh kepada paihak kami sebab sudah menjadi lumrah bagi kebanyakan masyarakat kalau disebutkan saja tenteng pemandu teksi banyak negatifnya daripada positif.
Sebagai contoh kalau disebutkan tentang pemandu teksi ,pertama tanggapan masyarakat adalah tidak berpelajaran,bekas banduan,kaki botol,kaki judi ,kaki perempuan dan berbagai-bagai kejahatan lagi terletak pada kami tetapi masyarakat kekadang lupa pemandu teksi juga ada yang lebih baik daripada masyarakat yang mencemuh pemandu teksi.
Walau bagaimana pun berbaik sangka adalah lebih baik daripada berburuk sangka.Kami juga kecewa dengan sesetengah pemandu teksi yang suka melakukan jenayah sehingga menimbulkan rasa kurang hormat masyarakat ke atas semua pemandu teksi .


1 comment:

  1. I never bargain with any taxis in Malaysia or overseas and even tip them after getting off. Some people's mouth are itchy and like to bargain like aunties in the market.

    ReplyDelete