Monday 2 June 2014

Agensi Pekerjaan Warga Asing

Hari minggu seperti biasa setiap pagi sekiranya ada kelapangan aku dan isteri ku akan ke pasar minggu membeli bahan-bahan untuk dimasak .Hari ini aku membawa bersama ibu mertua ku .Selepas membeli belah semua bahan untuk dimasak pada hari ini , kami pun terus ke kedai makan untuk bersarapan.Pagi ini aku memesan 3 bungkus nasi berlauk ayam untuk anak-anak ku dirumah.Kami pula memesan roti plata dan tosei bersama minuman  sebagai  sarapan pagi.
Di dalam restoran itu seperti biasa penuh dengan pelanggan , jadi kami memilih di satu sudut di kedai tersebut.Setelah membuat pesanan melalui pelayan di restoran tersebut selang 10 minit  pelayan   itu pun menghantar makanan yang kami pesan dan kami pun teruslah menjamah sarapan pagi. Disebelah meja kami terdapat 3 orang pelanggan.Seorang berbangsa Cina ,seorang berbangsa Bangla dan seorang lagi perempuan berbangsa Indonesia.
Aku lihat ketiga-tiga pelanggan itu serius membincangkan sesuatu dan aku kedengaran sesekali wanita itu meninggikan suaranya seperti tidak berpuas hati tentang sesuatu dan matanya berair.Dan aku juga melihat telatah lelaki Bangla tu cuba memberitahu sesuatu kepada wanita itu sambil diperhatikan oleh lelaki Cina yang duduk berhadapan dengan wanita itu.Disebabkan meja mereka hanyalah bersebelahan dengan meja ku ,aku dapat mendengar segala perbualan mereka .
“Orang yang saya bekalkan kerja dengan awak ,awak tidak dibayar gaji”kata wanita itu”,macam mana awak janji kepada saya ,semuanya tidak betul dan awak jangan cuba tipu saya” kata wanita itu sambil menjelingkan matanya yang tajam kepada lelaki Bangla yang duduk disebelahnya  .
Aku lihat lelaki Bangla itu terkebil-kebil matanya sambil membuka buku nota tangan yang dibawanya menerangkan sesuatu kepada wanita itu.
“Sekarang ini awak dengar saya cakap dulu kenapa mereka tidak diberikan gaji, pekerja yang awak berikan itu semuanya bermasaalah, sebenarnya majikan  tempat kerja yang mengambil dia orang tak mahu bayar ”..kata lelaki Bangla itu kepada wanita tersebut .
“Saya kasi sama ini tauke semua orang yang awak bawa untuk dia orang kerja, sekarang awak tanya dia apa pasal tak bayar mereka punya gaji” sambil menunjukkan kepada lelaki Cina yang duduk dihadapan wanita itu.
“Saya macam kamu juga, jadi ejen cari orang kerja ,ada orang, kita kasi sama tauke,ini tauke nanti cari kerja sama dia orang ,bukan kita cari kerja kasi sama dia orang”.kata lelaki Bangla tersebut sambil menunjukkan kearah lelaki Cina tersebut.
“Jadi kamu pun jadi orang tengah juga lah” kata wanita itu sambil mengeluarkan tisu di bag tangannya.
Wanita itu pun meminta kepastian daripada lelaki Cina yang duduk berhadapan dengannya apakah masalah sebenarnya yang berlaku sehingga pekerja yang dibawanya itu tidak diberi gaji
“Sekarang tauke macam mana cerita,awak mahu orang kerja ,kita sudah bagi, semua saya sudah urus, sekarang duit kerja saya macam mana dan saya punya orang punya duit gaji pun kamu tak bayar” kata wanita itu mengajukan soalan kepada lelaki Cina tersebut.
Aku lihat lelaki Cina itu tenang sahaja sesekali mengeleng-gelengkan kepalanya apabila mendengar soalan daripada wanita itu.
“Kamu punya orang saya sudah kasi tempat tinggal dan saya yang bayar semua perbelanjaan ,saya pun rugi sebab hari itu saya kasi dia orang kerja di restorant ,dia orang semua lari tak mahu kerja di  restoran”..katanya sambil memerhartikan kearah wanita itu dan lelaki Bangla yang berada dihadapannya.
“Kamu kena ingat ,mana ada orang mahu bayar gaji kalau orang tidak mahu kerja,saya lagi rugi kalau mahu ikut niaga saya boleh bangkrap lo”ucapan lelaki Cina itu memeranjatkan wanita tersebut.
“Sekarang saya mahu bikin repot polis la,saya pun banyak sakit hati ,ini macam dia orang bikin sama saya punya bisness, kamu ingat ini main-main ka ,suka-suka mari,  suka-suka lari  dan lagi kamu  bising, cakap saya  tidak  mahu kasi wang sama mereka .Saya mahu tanya sama kamu, mana dia orang pergi? .Saya rasa kamu mesti tahu mana dia orang ada sekarang.Kamu mahu  ingat saya tak ada hutang sama kamu tau,komisen saya sudah kasi lagi tak cukup ka,saya ingat lain kali saya tak mahu kamu hantar atau cari orang sama saya la,ini last bisness sama  kamu.”tegas lelaki Cina tadi sambil terus bangun daripada meja tersebut dan terus keluar daripada restorant .
Aku lihat lelaki Bangla dan wanita tersebut terpingga-pingga dengan tindakan lelaki Cina tersebut dan terus bingkas bangun meninggalkan meja tersebut.
Kesimpulannya disini wanita itu mencari pekerja warga Indonesia dan menyerahkannya kepada lelaki Bangla dan lelaki Bangla itu pula membekalkan pekerja-pekerja warga asing kepada lelaki Cina yang mempunyai syarikat  agen pekerjaan warga asing.Semua perbelanjaan urusan itu dibiayai oleh lelaki Cina tadi.Syarikat Agensi pekerjaan Warga asing ini pula membekalkan pekerja-pekerja kepada mana-mana syarikat atau individi yang memerlukan perkhidmatan warga asing  sebagai pembantu rumah ,restoran,kilang atau hotel atau mana-mana tempat yang memerlukan  tenaga buruh warga asing.
Disini dapatlah kita ketahui bahawa penyumbang besar peningkatan pendatang  asing tanpa izin yang kian bertambah ini adalah disebabkan oleh  pekerja-pekerja yang melarikan diri daripada majikannya yang asal selain daripada pencerobohan mereka melalu lauit dan darat.Terdapat juga warga asing yang datang sebagai pelawat dan kemudiannya digunakan oleh sendiket pelacuran yang menempatkan mereka dirumah-rumah urut atau di kelab-kelab malam sebagai GRO.Di akhbar dan berita tv kerap kali kita lihat dan dengan penangkapan oleh piohak berkuasa ke atas GRO-GRO warga asing yang dikatakan tinggal lebih masa daripada visa yang mereka perolehi dan ada juga permit yang tamat tempoh dan berbagai-bagai lagi kesalahan yang mereka lalukan.Ini juga boleh dikatakan sebagai satu jenayah perdagangan manusia yang kerap berlaku di negara ini.
Walaupun pihak yang berkuasa kerap melakukan serbuan ke atas rumah-rumah urut,kelab-kelab malam dan juga di kongsi-kongsi penempatan kerja kontrak masalah pendatang asing tanpa izin ini masih berleluasa  dan sehingga bilakah masalah kebanjiran pendatang tanpa izin ini akan berkesudahan.
Dalam pada itu kita boleh lihat setiap peluang yang kerajaan sediakan untuk rakyat tempatan sudah ada yang terlepas ke tangan pendatang ini seperti warung makanan,teksi dan  tapak pasar-pasar harian dan pasar malam semuanya telah mereka masuk dan mengambil apa yang telah kerajaan sediakan bagi rakyatnya.Sikap mengambil untung atas angin    ini adalah punca utama. .Seharusnya kerajaan patut merampas kembali setiap lesen yang diberikan kepada rakyat tempatan itu dan berikannya kepada yang betul-betul berminat untuk berniaga .

Setelah selesai bersarapan aku pun membayar makannan yang kami makan tadi berserta dengan makanan yang aku bungkus itu dan beredar untuk pulang ke rumah.

2 comments:

  1. "Money Is The Root Of All Evils", so the saying goes....
    Even countries are at war today over power and money to be made.
    If they can be contented and happy like you, the world is a better place to live.

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya dunia ini penuh dengan pancaroba kerana manusia mempunyai nafsu yang susah dikawal oleh hati..

    ReplyDelete