Saturday 31 May 2014

Pengemis Jalanan

Petang itu aku keluar bersama-sama dengan keluarga ku untuk membeli belah di pasaraya di bandar.Banyak barangan keperluan rumah yang hendak aku beli maklumlah dah cukup bulan terutamanya barangan dapur.
Terdapat banyak pengunjung pada hari itu di pasaraya yang kami kunjungi  maklumlah ada jualan mega .Aku terus ke tempat mengambil troli dipasaraya yang terletak disudut sebelah kaunter pembayaran.Seperti kebiasaan barangan keperluan dapur menjadi keutamaan kami.Harga barang keperluan harian semakin hari makin naik selepas kulihat tanda harga pada barang-barang keperluan yang aku kehendaki.Dahulu dalam Rm300 ringgit sudah memadai sekarang dah bertambah Rm350 belum cukup .Sesekali aku merenung kearah isteriku yang asyik melihat senarai-senarai nama barangan yang diperlukan.
“Bang,harga barang kebanyakan dah naik bang”katanya sambil memilih barang dan memasukkan ke dalam troli.Anak ku seperti biasa kelihatan ceria sahaja sambil mengekori isteriku.
“Nanti lepas beli barang kita pergi makan KFC” anak bongsuku berkata sambil menunjukkan kearah restoran KFC yang bertentangan dengan pasaraya tersebut .
“Baiklah,nanti selepas kita beli barang dulu”..kata isteriku kepadanya. Apasalahnya sekali-sekala bawa anak keluar makan dan untuk menceriakan suasana bersama keluarga .
Selepas selesai kami membeli belah aku pun terus ke kaunter pembayaran untuk membuat bayaran bagi barangan keperluan kami.Sebelum ke restoran KFC kami ke tempat letak kereta di tingkat atas pasaraya tersebut untuk menyimpan barangan yang kami beli .Setelah selesai kami pun turun kearah restoran tersebut di hadapan pasaraya itu.Sewaktu melintas jalan aku lihat ada seorang pengemis lelaki yang agak berumur  sedang meminta wang kepada orang yang lalu lalang dihadapannya.Pakaiannya memang tidak terurus dan dihadapannya ada sebuah bekas plastik .Ku lihat di dalam bekas tersebut ada beberapa keping wang RM 1 ringgit dan wang syiling yang disedekahkan oleh orang ramai .
Sewaktu aku melintas jalan menuju kearah restoran tersebut sempat juga aku lihat ada beberapa orang memberi wang kepadanya.Setelah sampai di pintu restoran tersebut aku mengambil sudut meja yang bertentangan dengan tempat pengemis tadi duduk.
Seperti selalu isteriku akan pergi mengambil pesanan makanan bersama dengan anakku dan aku hanya duduk sambil memerhatikan tingkah laku pengemis tersebut.Sesekali aku lihat beliau mengambil wang kertas yang diberikan kepadanya itu dan dimasukkan ke dalam bag sandang yang digalasnya .Geli hati aku melihat gelagatnya dengan muka selamba dan bersahaja meminta wang daripada orang yang lalu lalang disitu.Ada juga  yang pemurah dan ada juga yang buat tidak nampak akan pengemis tersebut.
“Bang,apa suka sangat memerhatikan pengemis tu “ tiba-tiba isteriku menyapa dan aku tersentak dengan teguran daripadanya .
“Abang tengah perhatikan gelagat pengemis itu, abang rasakan dia ni bukannya cacat nampak sehat tubuh badan ”.aku berkata kepada isteriku sambil memandang kearah pengemis tersebut.
“Alahh...!!! biarkan saja bang, itu cara dia mencari rezeki dia,manalah kita tahu masalah dia,jangan suka menghukum orang bang ,tak baik” nasihat daripada isteriku supaya sentiasa berbaik sangka.
“Mari makan nanti sejuk pula” isteriku menjemput aku makan dan aku lihat anak bongsuku tidak bercakap sepatah pun asyik dengan makanan kegemarannya.
Sedang aku menjamu selera dengan anak dan isteriku aku ternampak diluar sana ada seorang penjual keputusan nombor ekor sedang berjalan menuju  kearah pengemis tersebut dan aku lihat pengemis itu memberi wang syiling kepadanya dan mengambil keputusan nombor ekor daripada pemuda tadi.Sambil membelek-belek nombor-nombor diatas kertas keputusan itu dia mengeluarkan tiket nombor daripada bag galasnya sambil meneliti keputusan itu.Perbuatannya selamba sahaja sambil diperhatikan oleh orang yang lalu lalang di hadapannya.

Aku lihat dia mengoyak tiket nombor itu dan terus buang ke dalam longkang di belakangnya.Dengan muka yang masam tidak ceria ku lihat mulutnya terkumat kamit mengata sesuatu yang tidak aku dengar mungkin sedang menyumpah seranah kerana tidak kena nombor agaknya.
Aku memberitahu isteriku akan perbuatannya dan isteriku hanya tersenyum pada ku sambil berkata “manusia ini ada macam-macam perangai bang, mungkin itu caranya nak jadi kaya,Allah menguji keimanan manusia dengan berbagai cara bang, kaya pun boleh kufur ,miskin pun boleh kufur kalau tidak tahu  menghargai nikmat dari  pemberian Allah” sambil berjalan keluar daripada restoran itu dengan anakku.
Kami pun terus berjalan ke tempat parkir kereta di tingkat atas untuk terus pulang ke rumah selepas membeli belah di pasaraya .Semasa di dalam perjalanan pulang kerumah aku teringat akan 2 pemuda buta  yang aku jumpa di pasar setiap minggu .Abangnya pandai mengayam bakul daripada rotan dan adiknya pula akan mendendangkan lagu .Suaranya boleh tahan juga.Setiap pengunjung ke pasar tersebut pasti akan terhibur mendengar dendangannya.Aku lihat setiap dendangan lagu yang dinyanyikannya itu  mendapat perhatian .Disitu juga pengunjung-pengunjung tidak henti-henti menyumbang wang untuk mereka selain daripada membeli bakul ataupun tudung saji daripada abangnya.Perbezaan yang ketara antara pengemis tadi dengan 2 orang pemuda buta  amatlah berbeza yang mana  pengemis tadi walaupun  sehat tubuh badan tidak cacat keadaan fizikalnya  tetapi suka mengemis mengharapkan sempati orang ramai daripada bekerja dan pemuda yang  buta pula menggunakan kemahiran yang Allah berikan itu serta bakat seninya mencari rezeki yang halal tanpa meminta-minta.
Bagi ku apa yang aku lihat ini menjadi satu pedoman buat diri ku dimana Allah itu maha adil di dalam perhitungannya,diberinya kelebihan di dalam kekurangan  dan kekurangan di dalam kelebihan.


Teringat aku pada surah Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah) ayat “Fa bi ayyi ala i rabbikuma tukazziban” bermaksud Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.
Selagi kita masih hidup  haruslah bersyukur selalu di atas nikmat dan rahmatnya serta redza diatas setiap ujiannya.Apabila sikap redza meredzai ada maka ditambahnya nikmat di atas kesyukuran.



1 comment:

  1. There are too many beggars here in KL because the city folks are generous. In the end, many beggars also came from overseas to beg here. Adoi...
    Some have no wisdom and just want the easy way out.

    ReplyDelete