Thursday 29 May 2014

Biar Ku Menjadi Lilin



Malam ini aku berhadapan dengan komputer aku, aku biasanya melayari Face Book untuk bertemu dengan sahabat-sahabat aku yang jarang kami bertemu,melalui face book inilah dapat kami berhubung antara satu sama yang lain.Terutamanya dengan kawan-kawan sekolah aku semasa di bangku SPM tahun 1980 pada waktu itu kami di dalam tingkatan 5.
“Gethering” ini diadakan  semperna umur kami 50 tahun pada tahun ini jadi semua kenalan-kenalan kami dijemput untuk menghadiri gettering tersebut yang akan diadakan di sekolah lama kami St.Xavier’s Institution .Sekolah ini telah dibina pada tahun 1852 oleh mubaligh-mubaligh kristain yang datang untuk menyebarkan agama kristain  pada masa.Sekolah ini juga merupakan salah sebuah sekolah inggeris yang tertua di Pualau Pinang.  Kami  juga dapat berhubung dengan beberapa orang guru kami yang masih ada lagi.Semperna gethering tersebut kami ada menyiapkan beberapa hadiah buat kenangan untuk guru-guru kami tandahati dan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang pernah menaburkan jasa mereka kepada kami dahulu.Jasa guru jangan lah kita lupakan.
Dalam banyak-banyak kawan ku ada seorang yang aku amat bangga dengannya .Dia merupakan salah seorang kenalan anak ku .Setahu aku kisah hidupnya harus dijadikan iktibar dan pengajaran untuk anak-anak muda sekarang. Ceritanya bermula begini , aku tahu dia mempunya ramai adik beradik  seramai 10 orang .Menjadi anak yang sulung daripada 10 orang adik beradik ini memanglah harus memikul tanggungjawab yang besar setelah kematian ibunya .Di dalam usia semuda itu beliau begitu cekal dan tabah menjaga seluruh ahli keluarganya dengan melakukan semua kerja-kerja rumah . Bapanya yang berkhidmat dengan agensi kerajaan berkerja sebagai buruh dengan  pendapatan yang kecil memang agak susah untuk menampung keperluan anak-anak yang bersekolah.Jadi untuk menambah pendapatan sebagai anak yang sulung di dalam  keluarga beliau terpaksa membuat kuih muih dengan pendapatan yang tidak seberapa itu dapat juga menampong perbelanjaan pelajaran adik-adiknya dan dalam masa yang sama dapat juga menampung keperluan persekolahannya.Setelah kematian ibunya mereka tinggal dengan datuk dan nenek .Pekerjaan datuknya hanya berkerja membanting tulang di sawah
Boleh dikatakan pada setiap tahun ,untuk merayakan Hari Raya memang dia tidak pernah pun mendapat persalinan baju untuk merayakan hari lebaran semuanya diutamakan kepada adik-adiknya terlebih dahulu.
Umurnya baru 17 tahun semasa ibunya meninggal dunia ,jadi di dalam usia yang begitu muda tanggungjawab yang dipikul amatlah berat.Setahun setelah kematian ibunya bapanya berkahwin semula dan dikurniakan 2 orang anak.Setelah memperolehi 2 orang cahayamata hasil daripada perkongsian hidup dengan ibu tirinya ,bapanya menceraikan ibu tirinya disebabkan berlaku perselisihan antara keluarga dimana ibu tirinya tidak mahu lagi tinggal dengan mereka dan hendak pindah daripada rumah yang mereka duduki sekarang.Alasannya adalah tidak selesa dengan keluarga yang ramai.Ibu tirinya hendak tinggal berasingan dan membiarkan mereka bersendirian lagi dengan alasan bahawa mereka bukanlah anaknya.
Kemudian berlakulah pencerian dan ibu tirinya melepaskan anak-anaknya kepada bapanya untuk dipelihara.Ibu tirinya ingin kebebasan yang tidak dibelenggu oleh tanggungjawab membela anak-anak begitulah kehendak hatinya .Itulah umpama kata bidalan  “ku sangka panas rupanya hujan di tengah hari”.
Walau bagaimana pun kehidupan keluarga ini harus diteruskan juga bak kata perpatah “berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya”.Dia pasrah diatas takdir dan cekal dengan memikul tanggungjawab keluarga yang masih terletak di bahunya.Dalam masa yang sama pelajaran diberi perhatian sehinggalah dapat melanjutnya pelajarannya hingga ke peringkat Diploma.Keputusannya cemerlang tapi hanya disinilah berakhirnya pendidikannya kerana memberi peluang kepada adik-adiknya yang lain  pula untuk mendapat pendidikan yang lebih baik dan sempurna. .Di dalam meniti kehidupan yang penuh dengan cabaran dan rintangan ini akhirnnya dia berjaya memperolehi pekerjaan dengan kerajaan tempatan sejurus itu meringankan lagi tanggungjawab bapanya .
Sekarang ini usianya telah meningkat 25 tahun , aku tahu 3 orang daripada adik-adiknya telah pun bekerja dengan usahanya dan dengan itu dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggungnya selama ini.
Baru-baru ini aku ada dengar yang bapanya hendak berkahwin lagi tetapi kali ini dengan gadis muda berumur dalam lingkungan 26 tahun agak sebaya juga denganny.Aku memang hairan juga dengan bapa ini sebab kalau nak bernikah carilah wanita yang lebih tua daripada anaknya atau carilah janda yang sebaya atau yang sama waktu dengannya .Kenapa hendak cari anak dara.Boleh tahan juga si bapa ini.Bagi pendapat akulah memang susah nak jaga isteri yang lebih muda daripada  kita,macam-macam harus difikirkan dan kedua bolehkah bakal isteri tu menerima keadaan seadanya.Berapa mulianya hati anak-anaknya membenarkan bapa mereka untuk berkahwin untuk kali ke tiga asalkan bapanya  bahagia sepatutnya pada waktu ini bapanya haruslah melihat kebahagian keluarga haruslah diutamakan daripada kepentingan diri sendiri.Pernah atau tidak bapa ini memikirkan pengorbanan anak-anaknya sejak kematian ibu mereka ,setiap pahit getir ,suka duka dan fikir-fikirkan lah....
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu berusaha untuk mengubahkannya.Allah tidak zalim tetapi yang menzalimi  kita adalah tindakkan yang diri kita sendiri lakukan.Dosa dan pahala berada di kiri dan kanan kita .Tepuk dada tanya iman bukannya  tanya selera.Allahualam.
Tapi kalau dah jodoh tak kemana...macam Ustaz Kassim Elias kata.


1 comment:

  1. Facebook is good and bad to me sometimes. Good is that you found me. Bad is some friends stirred jealousy.

    This widower's thoughts is so common these days. Their hearts are still wild!

    ReplyDelete