Thursday 29 May 2014

Pasangan Sejoli



Pagi ini aku menerima sepasang pelancung daripada Australia yang ku lihat agak lanjut usianya yang mahukan aku membawa dan menemani mereka melancung ke beberapa tempat yang menarik di sekitar pulau ini.Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi.
Semasa memasuki kedalam teksi aku memperkenalkan namaku kepada mereka dan mereka memperkenalkan nama mereka tanda persahabatan, isterinya bernama Megan dan suaminya bernama David,mereka berasal daripada Sydney ,Australia.Mereka adalah sepasang suami isteri yang amat peramah .Mereka memberitahu kepada ku bahawa mereka adalah vevetarian untuk memudahkan aku mencari restorant vegetarian kepada mereka nanti.
Keutamaan mereka adalah untuk melihat keindahan alam  semula jadi  dan beberapa tempat kebudayaan yang terdapat di pulau ini dan dengan itu akupun tahu kemana distinasi yang perlu aku bawa mereka ini mengikut kemahuan mereka .Tempat pertama yang aku lawati adalah di Tokong Siam dimana terdapat patung budha yang sedang tidur yang terletak hanya dalam 2 kilometer daripada hotel tempat penginapan mereka.Selepas melawat tempat tersebut di dalam masa tidak kurang daripada 1 jam kami meneruskan perjalanan untuk ke Spice garden iaitu tempat dimana terdapatnya kebun herba yang terletak di Batu Feringgjhi. Perjalanan untuk sampai ke sana mengambil masa lebih kurang dalam 35 minit.Di dalam perjalanan untuk ke Spice Garden beliau melihat pembangunan di kiri kanan jalan sepanjang perjalanan kami untuk ke sana.
Dia bertanya kepada aku adakah aku dilahirkan disini dan aku menjawab memang aku dilahirkan disini.Kemudian isterinya berkata kepada ku lagi, sejak bila masa pembangunan ini berlaku disini apabila melihat pembangunan pencakar langit di kiri kanan sepanjang perjalanan kami.Aku memberitahu kepada mereka bahawa pembangunan di Pulau Pinang bermula  dalam sekitar 1970 lagi ketika itu hanya boleh kelihatan beberapa tempat sahaja yang dibangunkan tetapi tidaklah seperti sekarang ini yang mempunyai sehingga 30 tingkat, pada masa itu yang paling tinggi pun dalam 10 tingkat sahaja iaitu Bangunan Tuanku Syed Putra yang menempatkan pejabat-pejabat Kerajaan persekutuan dan Negeri.
Dalam tahun 1972 KOMTAR dibina dan ia merupakan mercu tanda bangunan yang tertinggi di Pulau Pinang iaitu setinggi 62 tingkat dan sehingga sekarang bangunan KOMTAR adalah merupakan bangunan yang tertinggi di Pulau Pinang.
Pembangunan yang rancak adalah disekitar 1985 dan sehingga sekarang ini dimana semua tempat yang dibina adalah tinggi-tinggi belaka dan harga sebuah unit apartment melambung secara mendadak memandangkan permintaan yang cukup tinggi di sini. Kalau dibandingkan harga sebuah unit apartment `dalam tahun 1985 berjumlah 120,000.00 adalah merupakan sebuah apartment mewah, sekarang ini harganya mencecah jutaan ringgit begitulah keadaan nya disini.Taraf kehidupan pun naik secara mendadak.
Sambil mengeleng-gelengkan kepalanya melihat salah satu iklan yang terpampar di tiang lampu isyarat di satu perhentian”Kondominium The Cove untuk di jual Keluasan 6000kaki persegi harga Rm2.38 juta  dan “Diamond Villa Apartment keluasan 950 kaki persegi Rm 650,000.00 untuk dijual “
Kemudian suaminya bertanya kepada ku dimanakah orang-orang tempatan tinggal adakah mereka tinggal di tempat yang mereka lihat ini.Sambil tersenyum aku menjawab kebanyakkan orang tempatan yang berpendapatan rendah dan sederhana hanya mampu menduduki flat-flat yang paling maksima  berukuran dalam 700 kaki persegi sahaja yang boleh mampu dibeli dengan harga paling tinggi adalah sebanyak Rm120,000.00,  tetapi kebanyakkan masih lagi menyewa disebabkan memang sukar untuk memperolehi sebuah unit flat kerana kerajaan kekurangan tanah untuk membina rumah-rumah kos sederhana rendah untuk rakyatnya yang berpendapatan rendah terutamanya di kawasan pulau ini.
Isterinya bertanya kepadaku siapa yang tinggal di apartment yang mewah-mewah ini , aku beritahunya kebanyakkan apartment yang mewah ini diduduki dan disewa oleh pelabur-pelabur daripada luar negera.
Seterusnya kami pun sampai kedistinasi yang kedua iaitu di Spice Garden ataupun Taman Herba .Tempat itu sungguh damai sekali dengan kehijauan tumbuh-tubuhan herbanya dengan haruman rempah ratus terserlah menyucuk hidung.Kesegaran minda tercetus apabila memasuki Taman Herba tersebut dengan rasa yang nyaman sekali.Mereka menghabiskan masa selama 1 jam di dalam taman tersebut .
Selepas keluar daripada Taman Herba (Spice Garden) aku membawa mereka ke Taman Rama-Rama yang terletak di Telok Bahang .Taman ini memang unik sebab terdapat beraneka jenis rama-rama dan juga serangga yang kita boleh dapati disini.Selepas situ saya membuat satu pusingan ke Empangan Telok Bahang,Penang National Park dan Kampung Nelayan seterusnya menghantar meeka ke Bayview Beach Resort.Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari dan aku terus balik ke rumah.
Apa yang menarik di dalam perjalanan  ini adalah aku telah bertemu dengan  sepasang suami isteri yang begitu intim sekali menghabiskan sisa-sisa hidup mereka dan aku lihat mereka berdua itu begitu mesra dengan kasih sayang yang jarang sekali aku temui daripada lain-lain pelancung yang pernah aku bawa.Sikap perihatin kepada golongan yang tidak berkemampuan,sopan dalam pertuturan dan mencintai alam semula jadi sangat menonjol di dalam diri mereka.
Kalaulah semua manusia bersifat seperti ini maka akan amanlah dunia ini daripada sengketa,tindas menindas dan perperangan.






1 comment:

  1. How come you didn't take them to visit Cheng Fatt Tze and Chung Keng Kwee's mansions? They would love the historical buildings.

    ReplyDelete