Saturday 5 July 2014

Mulut Manis Seperti Gula


Hari ini aku lihat Gopal berwajah muram sahaja sudah tentu ada yang tidak kena dengan dia hari ini.
“Gopal, ada apa masalah  dengan kamu ni, selalu ceria , apa dah jadi ni “? Aku bertanya kepadanya sewaktu Gopal sedang duduk di atas kerusi di stasyen teksi .
Lantas aku mendekatinya sambil menarik sebuah kerusi untuk duduk rapat dengannya.Aku lihat dia sedang membuka dompet wangnya.
“Tarak pa, ini hari tarak bagus untuk saya” katanya ringkas tanpa memerhati kepada wajah ku.
“Eh..awak selalu tak begini Gopal, cuba cerita mana  tahu saya boleh bantu awak” ujarku sambil menepuk bahunya .

Gopal memandang tepat kearah muka ku lalu bercerita apa yang telah berlaku kepadanya sebentar tadi.Sewaktu beliau melalui jalan pasar dia ada ditahan oleh seorang pelanggan .Pelanggan itu seorang lelaki yang agak berumur memakai kopiah dan berpakaian kemas .

Katanya lelaki itu hendak ke sebuah restoran untuk menghantar bekalan udang galah yang dibekalkannya kepada sebuah restoran dibandar ini.
Gopal dengan berbesar hati membawa pelanggan itu ke pasar yang berhampiran untuk mengambil bekalan udang yang dikatakan oleh pelanggannya tadi.Seperti biasa pelanggan itu memperkenalkan dirinya sebagai Haji dan beliau ada member nasihat kepada Gopal supaya kerja dengan tulus ikhlas ,jangan mencuri dan bercakap bohong kerana perbuatan itu   sangat keji dan tidak bermoral.Biarlah mencari makan ini dilakukan dengan ikhlas dan jujur kepada pelanggangnya.

Di dalam hati Gopal ini menganggap bahawa Haji ini seorang yang sangat mulia dan berhemah , bertutur kata yang sopan dan lembut macam seorang yang berilmu dan sangat alim perwatakannya.

Setelah sampai di hadapan pasar tersebut Gopal pun memberhentikan teksinya dan haji tersebut menyuruh Gopal tunggu senbentar untuk beliau pergi mengambil udang galah untuk dihantarkan di sebuah restoran yang dikatakan oleh Haji tadi.

Setelah menunggu Haji tersebut selama lebih kurang 10 minit kelihatan Haji tadi keluar daripada pasar tersebut dengan sebawa sebuah kotak yang diikat rapi.Kelihatan agak berat juga semasa Haji tersebut membawanya jadi Gopal pun kleluar daripada teksinya ingin membantu Haji tadi mengangkat bersama.
Haji itu berkata kepadanya tidak perlu kerana akan mengotori baju Gopal nanti dan berbau .Sekiranya pakain Gopal kotor dan berbau akan membuat pelanggan kurang selesa dengannya.Di dalam fikiran Gopal benar juga kata-kata Haji tersebut dang opal pun membuka bonet belakang teksinya dan Haji it uterus meletakkan kotak berisi udang galah ke dalam bonet teksi.

Sejurus meletakkan kotak tadi Haji itu meminta Rm50.00 kepada Gopal kerana sebentar tadi wangnya tidak cukup untuk mengambil udang yang dipesannya dan Haji itu berjanji akan melunaskan wang dan tambang teksi sejurus dia menghantarkan kotak berisi udang galah tersebut di restoran .Gopal tanpa banyak bicara mempercayai Haji tersebut dan memberi Rm100.00 kerana tidak ada wang klecil ketika itu. Haji meminta Gopal menunggunya  lebih kurang 5 minit sahaja sebelum mereka menghantar undang tersebut .

Sejurus memberi wang Rm100.00, Haji pun beredar masuk semula kedalam pasar berkenaan kerana untuk menjelaskan baki wang belian udangnya kepada pemborong yang sedang menunggu di dalam pasar tersebut.
Gopal menungggu 5 minit dah berlalu dan terus menunggu sehingga 1 jam tetapi Haji tersebut tidak juga nampak batang hidungnya.Gopal pun terus masuk kedalam pasar mencari Haji berkenaan tetapi sia-sia sahaja kerana tidak ketemui juga.
Rasa resah bercampur  kecewa sudah terbayang dihati Gopal, lantas Gopal pun membuka bonet teksinya dan terus membuka kotak yang berisi udang tersebut,  alangkah terkejutnya yang didapati di dalam kotak tersebut adalah bata merah 2 biji .
Rasa marah dan kecewa sudah tidak dapat dibendung lagi kerana Gopal telah merasakan dirinya ditipu oleh Haji tadi.Dia memang tidak menyangka langsung dirinya ditipu dan diperdayakan oleh Haji tadi kerana dari segi budi bahasanya   bila berbicara sungguh mulutnjya manis bagai gula, tetapi hati lain bicara dan berperwatakan sungguh alim.Tetapi beginikah perangainya yang sebenar sanggup menipunya .

Dengan perasaan marah dan kecewa lalu Gopal pun terus ke stasyen teksi untuk menenangkan fikirannya buat sementara waktu.
Tetapi saya beritahu kepada Gopal bahawa dia sepatutnya bersyukur kerana dia cuma ditipu .Kita pernah dengar bagaimana pemandu teksi dirompak dan ada juga dibunuh dengan kejam oleh perompak .Lalu Gopal pun mengiyakan kata-kata ku kepadanya kerana untuk memujuk hatinya yang sedang panas itu.

aji irtu berkata


Wednesday 2 July 2014

Mentari Muncul Lagi



Sebut tentang keropok leko NOBA teringat tentang kegigihan seorang wanita yang begitu gigih di dalam industri pembikinan keropok leko.Namanya Puan Balkiah Bi Binti Sarijan.Tidak siapa sangka bermula secara kecil-kecilan kerana membantu suaminya yang berpendapatan kecil  dan dalam  keadaan terdesak disebabkan kegawatan ekonom pada tahun 1998 membuat beliau dan suami nekad untuk berniaga keropok leko di bawah pokok berhampiran dengan rumahnya demi untuk membesarkan anak-anaknya yang seramai 4 orang yang masih kecil.
Ceritanya modal permulaan hanyalah di dalam Rm180.00 dengan bermodalkan sekaki payong besar, meja lipat dan dapur serta belanga memasak papan pelapik untuk meja lipat itu suami beliau mencari di bekas tapak pembuangan sampah di Petaling Jaya,Selangor  kerana kekurangan modal.
Kak Kiah sebenarnya bukanlah seorang yang berminat berniaga pada mulanya tetapi disebabkan desakan hidup membantu suaminya beliau menahan malunya apabila hari pertama berniaga di bawah pokok ditempat tinggal beliau itu.
Hari pertamanya beliau membeli sebanyak 20 batang kleropok leko daripada lori  pembekal .Perniagaan pada hari pertama sangat memberangsangkan dan semua jualannya habis.Dan seterusnya pada hari kedua Kak Kiah menaikkan  kepada 30 batang  dan pada hari ketiga kepad 50 batang semua perniagaan nya habis setiap hari yang beliau berniaga.Masuk pada hari keempat Ketua Kampung dating dan menegurnya kerana berniaga tanpa minta kebenaran daripada Ketua Kampung disitu.Kak Kiah meminta maaf kepada ketua Kampung tersebut maklumlah bel;iau bukannya pernash berniaga sebelum ini .Pada kesokan harinya dating Majlis Perbandaran Petaling Jaya satu lori untuk memusnahkan perniagaan Kak Kiah mdengan rasa rendah diri Kak Kiah merayu kepada pegawai penguatkuasa supaya tidak memusnahkan barang perniagaannya.Pegawai penguatkuasa member peluang hari pada hari itu sahaja dan tidak membenarkan Kak Kiah berniaga lagi di tempat itu.
Setelah pulang kerumah Kak Kiah termenung memikirkan tentang nasib keluarnya nanti disebabkan tidak diberi peluang untuk berniaga di tempat itu.Lalu Kak Kiah dan suaminya membuat nekad untuk terus berniaga walaupun apa saja yang berlaku dan rintangan .Selepas dalam seminggu berniaga tidak ada apa-apa yang berlaku sehinggalah pada satu petang lebih kurang jam 4.30 petang dating sekali lagi penguatkuasa yang sama pada minggu sudah dengan lori dan kakitangan nya,terus menyergah  kepad Kak Kiah yang sedang berniaga bersama dengan suaminya.Meraka secara rakus lalu menendang meja tempat Kak Kiak berniaga dan bertaburang semua keropok leko Kak Kiah ke tanah melihat kejadian itu hancur luluh hati Kak Kiah pad ketika itu dan semua peralatan dan barangan Kak Kiah disita dan beliau diberi kompaun sebanyak Rm300.00 .Perasaan hiba bercampur malu sangat tebal  kepada pelanggang Kak Kiah tetapi itu adalah asam garam orang berniaga di kaki jalan.Perniagaan pada hari itu Kak Kiah rugi teruk ,pendapatran baru Rm 50.00 kena denda Rm 300.00 modal kak Kiah Rm 300.00.
Keesokan harinya Kak Kiah pun pergi membayar denda tersebut dan mengambil kembali peralatannya kerana itu sahaja yang ada untuk Kak Kiah untuk meneruskan perniagaan keropok lekonya.Pada malam harinya Kak Kiah berbincang dengan suaminya untuk mencuba nasib berniaga di pasar malam di daerah itu.
Pada keesokan malamnya Kak Kiah dan suaminya pergi ketapak pasar malam lalu bertanya kepada salah seorang peniaga disitu adakah mana-mana tempat kosong untuk beliau berniaga lalu disuruh berniaga dipenghujung  jalan tapak pasar malam itu.Pada minggu hadapan seperti biasa Kak Kiah berniaga di tempat yang sama juga tetapi kali ini Kak Kiah dimarahi oleh AJK pasar kerana dihujung tapak itu tidak dibenarkan berniaga  mungking kerana menggangu lalulintas agaknya.AJK tyersubut meminta Kak Kiah bertukar ke tapak niaga yang ditengah sebab tapak tersebut kosong dah agak lama sebab peniaga itu tidak dating.Kak Kiah pun masuk ke tapak niaga tersebut tetapi harus membayar pajakan tapak sebanyak Rm400.00 kepada AJK tersebut.Kak Kiah tidak ada wang sebanyak itu maklumlah “kais pagi makan pagi kais petang makan petang”.

Kak Kiah memberanikan dirinya danj nberjanji akan melunaskan pajakan tapak itu pada keseokan harinya.Setelah berpindah masuk ketapak tersebut.Kak kiah dah terasa cukup bahagia sebab diberi tempat dan peluang ini semua di atas doanya kepada illahi dan beliau bersyukur keatas rahmatnya.
Keesokan harinya Kak Kiah mengambil rantai lehernya dan digadai untuk membayar yuran tapak tersebut tetapi jumlah gadaian tersebut cuma Rm350.00 sahaja kurang lagi rm 50.00.Bagaimana pun bakinya Kak Kiah  dapat jelaskan pada malam hari selepas tamat perniagaan kerana hasil jualannya  pada malam itu merningkat sebanyak Rm240.00.
Begitulah masa berganti hari berganti bulan berganti tahun Kak Kiah berniaga disitu sehingga keropok leko Kak Kiah memang terkenal daripad bermula hanya 20 batang sehinnga mencecah 5000 batang sehari sehingga pihak pengilang di Terenganu tidak dapat lagi membekalkannya lagi kepada Kak Kiah.Perkara kekurang  mendapat bekalan daripada pengilang berlarutan selama 4 tahun lamanya .Lantas Kak Kiah mencadangkan supaya suaminya mengikuti kursus membuat keropok leko di Terengganu .Setelah ada pengetahuan membuat keropok leko Kak Kiah dan suaminya terus membuka kilang mereka sendiri yang pertama di Shah Alam Selangor dan yang kedua di Chemor,Perak.Sekarang ini Kak Kiah mempunyai seramai 70 orang pekerja yang bekerja dengan Syarikat Kak Kiah yang ditubuhkan pada tahun 2004 diatas 2 nama Keropok Dunia Sdn.Bhd dan Industri Keropok Dunia.Pasaran yang telah Kak Kiah tembusi ialah Brunai,Hong Kong,Singapura dan China.Pasaran tempatan yang ditembusi oleh syarikat Kak Kiah ialah Mydin,Giant dan semua pasaraya di Malaysia.
Begitulah cerita seorang usahawan yang berjaya daripada seorang pekerja kilang yang dimaki diherdik dan berniaga dibawah pokok ditendang terajang serta dirampas  barang keperluan perniagaan. Mereka bangun dan tidak berputus asa selagi kemahuan itu ada .
Kata-kata keramat yang Kak Kiah ungkapkan ialah “Kalau kita ketuk batu di tempat yang sama  lama-lama pasti  pecah juga batu yang keras tu”Samalah juga kalau hendak berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya mesti kena berusaha dan bekerja keras .


Monday 30 June 2014

Nurjannah



Nurjannah begitulah panggilan namanya  kepada kami di FB .Seorang wanita yang tabah yang telah ditinggalkan oleh suaminya dengan anak 3 orang yang masih belajar di bangku sekolah.Perkahwinan selama 19 tahun itu lebur dalam masa 3 bulan sahaja selepas suaminya berhirjah ke Selangor untuk bertugas sebagi Pensyarah di sebuah Universiti Tempatan di sana. .Anak-anaknya masih bersekolah dan untuk menampung perbelanjaan harian dan sekolah anak-anaknya beliau membuat kerja sebagai tukang jahit di sebuah pekan di Terengganu .
Ceritanya bermula apabila suaminya menceraikannya 3 tahun sudah kerana tidak ingin dimadukan .Bekas suaminya seorang pensyarah di sebuah institusi yang terkenal di Malaysia  telah terpikat dengan seorang wanita iaitu bekas penuntutnya .Sebelum itu bekas suaminya bertugas di Terengganu dan selepas ditukarkan ke Selangor perangainya bertukar .Nurjannah tidak dapat menerima kehadiran orang ke 3 di dalam hidupnya kerana itu beliau tidak ikut serta dengan bekas suaminya berpindah ke Selangor.Perkahwinannya dengan wanita pilihan hatinya   cuma dapat  bertahan selama 8 bulan sahaja dan selepas itu wanita itu meminta cerai kepada bekas suaminya.Yang malangnya bekas suaminya telah membeli rumah dan kereta kepada wanita itu sebelum mereka berkahwin dan setelah dapat semuanya itu wanita itu pun meminta cerai kerana tiada persefahaman.
Bekas suaminya ada berusaha untuk merujuk kembali dengannya tetapi hatinya pada masa ini masih lagi tidak dapat menerima kecurangan bekas suaminya yang tidak mempedulikan akan hal dirinya dan anak-anaknya selama mereka berpisah itu menambahkan lagi sakit dihatinya.Kerana terasa terlalu perit maka hatinya tidak dapat menerima bekas suaminya walaupun beliau memaafkan segala perbuatan bekas suaminya dari dunia hingga akhirat.



Sekarang ini Nurjannah merasa selesa dengan kehidupannya walaupun tidak mewah tetapi cukup untuk menampung kehidupan beliau sekeluarga.Beliau membuka kedai jahit pakaiannya sendiri setelah  sebulan bercerai dengan bekas suaminya  .Dan perniagaannya itu makin sehari makin berkembangan dan sekarang beliau mempunyai 2 orang pembantu di kedai jahitnya hasil daripada kesabaran dan ketaatan beliau kepada Allah dan menyerahkan segala daya dan usaha kepada illahi.

Inilah Syahadah Ku



Hari minggu sudah aku bertemu dengan rakan lama ku semasa di perjumpaan alumi sekolah lama kami.Maklumlah sudah 33 tahun berpisah sejak tahun 1981 lagi , semasa itu kami di dalam satu kelas yang sama.Rakan ku ini bernama Adnan Bin Kamaruddin  dia merupakan seorang yang pintar berbanding dengan rakan-rakan Melayu kami yang lain.Disekolah lagi kalau ada pertandingan syarahan atau membaca tilawah al-quran beliau selalu mengambil bahagian .Perwatakan beliau sangat menarik dengan sifat lemah lebutnya dan bersopan santun tidak seperti kami-kami yang lain agak kelakar sikit dan selalu suka mengusik .
“Adnan ,macam itu juga walaupun sudah mencecah umur 50 tahun masih nampak macam tu juga kamu ni”kata ku kepada Adnan yang sedang duduk berbual dengan rakan-rakan ku yang lain.
Sambil tersenyum beliau bingkas bangun dan memelukku tanda kemesraan kami yang tidak pernah pudar sejak dibangku sekolah lagi.
“Awak apa khabar?,aku lihat banyak perubahan tidak serupa dulu lagi.Dahulu awak rendah dan kurus kering , sekarang ni dah berisi,tinggi  dan agak tegap badan awak” ujarnya kepada ku sambil menepuk bahu ku.
“Macam tu la Nan,masa berubah segalanya,sekarang ni awak tengok sendiri rambut pun dah penuh beruban tak macam kau masih hitam lebat lagi,ni tentu ada rahsia tersendiri ni”? kataku sambil diselang-seli dengan ketawa daripada rakan-rakan ku yang berada di sekeliling kami.
Adnan lantas menceritakan pengalamannya setelah tamat  diTingkatan 5  dan beliau terus mendapat pekerjaan di sebuah bank tempatan .Beliau bekerja sehingga ke jawatan pengurus cawangan di bank tersebut dan memohon berhenti secara sukarela .Selepas bersara beliau membuka kedai  francias Ayam Mas dan pada masa yang sama beliau juga membuka kelas  Al-Quran di Bandar Kulim,Kedah.
Beliau mempunyai seramai 150 orang murid dan 4 orang tenaga pengajar termasuk dirinya.Aktivitinya sangat padat dari pagi sehinggalah ke malam.Di dalam perbualannya itu aku sangat menarik di mana dia berkata dia telah mengislamkan seorang lelaki rakyat Filipina berumur didalam 27 tahun. Pemuda itu sebelum ini beragama Kristain Khatolik.Pemuda itu bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang elektronik di Taman Industri  Hi-Tec Kulim .Namanya Arjay Fernandez Bagtas.
Ceritanya bermula dimana pemuda ini menjadi keliru   dengan anggapan Nabi Isa a.s. itu sebagai anak tuhan.Sekiranya Nabi Isa a.s. itu anak tuhan kenapa tuhan membiarkan anaknya dibunuh.Sedangkan Tuhan itu Maha Kuasa di atas setiap sesuatu.Kekeliruan mengenai Ketuhanan dan Nabi Isa a.s. itu membuka hatinya untuk mendekati agama Islam dengan memasuki kelas Al-Quran dibawah bimbingan Ustaz Adnan selama 3 bulan.Setelah mendalami Al-Quran ,beliau mulai faham akan Keesaan Allah selepas membaca surah Al-Ikhlas tentang ketuhanan yang Maha Esa dan ianya berbeza daripada kefahaman yang dipercayainya dahulu dengan mengatakan Nabi Isa a.s. itu anak tuhan. Satu lagi keajaiban Al-Quran yang beliau dapati bahawa setiap huruf dan ayat didalam kitab tersebut tidak pernah berubah walaupun satu ayat dari dahulu sehinggalah kini dan tiada sebarang kecelaan terhadap ayat-ayat tersebut.Sedangkan kitab Injil yang dicetak oleh para paderi itu ada yang bertindih dan tidak sama antara satu sama yang lain dan ianya mengikut kefahaman pendeta-pendetanya yang berbagai-bagai itu.
Pada suatu pagi ,pemuda itu menyatakan hasrat hatinya ingin memeluk agama Islam setelah mendalami dan memahami Islam dibawah tunjuk ajar Ustaz Adnan .Alangkah bahagianya perasaan Ustaz kerana anak bimbingannya telah terbuka hati memeluk Islam dan pada saat itu jugalah Ustaz Adnan mengajarkan Syahadah kepada pemuda itu  dengan deraian air mata keikhlasan di hati kedua-dua nya .Selepas mengislamkan pemuda itu Ustaz membawa pemuda itu ke pejabat Agama Kulim, Kedah untuk membuat surat pengesahan pengislaman beliau.Nama Islamnya ialah Eshan Bagtas.
Begitulah pengakhiran pencarian ketuhanan yang terjadi keatas seorang pemuda yang Allah telah membuka kunci hatinya untuk menemui agama yang Allah redai.



Monday 23 June 2014

Bomba Oh Bomba



“Assalamualaikom, bang Hussain,hari ini tak kerja ke”? Tanya ku kepada Hussain yang berkhidmat dengan Jabatan Bomba Malaysia.Hussain adalah salah seorang anggota kerajaan yang berkhidmatan dengan Jabatan Bomba Malaysia dia juga memandu teksi pada waktu dia tidak bekerja sebagai kerja sambilannya.”Semalam kerja malam, pagi baru habis kerja terus bawa teksi “ katanya kepada ku sambil membetulkan kerusi di stesyen .
Hussain telah menjangkau umur 58 tahun pada tahun ini dan dia sudah lama berkhidmat dengan Jabatan Bomba Malaysia.Daripada cerita Hussain dia mula berkhidmat dengan Jabatan Bomba dari tahun 1978 lagi sehingga sekarang.Mengikuti cerita Hussain pengalaman yang tidak  akan dilupakan adalah apabila dia baru-baru mula berkhidmat ,semasa itu dalam tahun 1979 sewaktu dia masih berumur dalam lingkungan 21 tahun.
Kebakaran 22 unit rumah kedai di Permatang Pauh merupakan kebakaran yang terbesar dan mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang besar ketika itu.Semua balai-balai bomba dari serata daerah dikerahkan untuk memadam kebakaran yang berlaku pada awal pagi sekitar jam 2.30 pagi akibat litar pintas.Pada masa itu Hussain berkhidmat di Balai Bomba Butterworth dan dia bersama-sama dengan anggotanya bertungkus lumus memadam api dari jam 2.30 pagi hingga jam 7.30 pagi.Semua 22 unit rumah kedai itu tidak dapat diselamatkan.
Semasa waktu memadam kebakaran itu Hussain dan anggotanya terpaksa meredah kemarakkan api dengan begitu mencabar dan satu per satu rumah kedai itu dapat dipadamkan sehingga kesemuanya padam .
Semasa sedang memadam kebakaran Hussain diberitahu oleh rakannya bahawa terdapat mangsa kebakaran yang tidak dapat menyelamatkan diri berada di dalam rumah kedai yang dia sedang padamkan api itu.Lantas Hussain pun mengeledah kesemua bilik dan ruang tamu rumah kedai itu malangnya dia tidak menjumpai mangsa di dalamnya.Dia kedengaran suara tangisan seorang Nyonya meraung-raung sambil menyatakan anaknya masih berada di dalam


rumah tersebut.Suasana gelap pada pagi itu tidak membantu Hussain dan dia menggunakan lampu suluh mencari mangsa sekali lagi masih juga tidak ketemui.Setelah hari makin siang dalam jam 7.30 pagi sesudah terbit matahari pagi .Mereka terus mencari mangsa yang terperangkap di dalam rumah tersebut dan Hussain dapati mangsa itu berada di tempat dia memadam api pada awal pagi tadi dimana dia telah terpijak tengkorak mangsa dan badan mangsa telah pun hangus di makan api sama sekali yang tinggal hanyalah cebisan tulang tengkorak dan sebahagian cebisan daripada isi badan yang telah terbakar.Melihat akan kejadian itu Hussain merasakan terlalu pilu, sedih dan sebak kerana tidak dapat menyelamatkan mangsa tersebut dan daripada pengamatannya mangsa mungkin mati setelah sesak nafas dan terbakar sepenuhnya sebelum pihak bomba sempat datang lagi.
Setelah itu Hussain dan anggotanya mengutip serpihan isi dan tulang yang masih terdapat di dalam rumah itu dimasukkan kedalam bag plastik untuk dibuat laporan kepada pegawainya.
Itu adalah pengalamannya yang pertama dan tragis sehingga hari ini beliau masih boleh dapat membayangkan kejadian itu.Walau bagaimana pun demi tugas, beliau masih lagi tabah dan menganggap bahawa setiap kejadian- kejadian yang berlaku  itu adalah sebagai ujian bagi dirinya yang berkhidmat  dengan ikhlas untuk menyelamatkan harta benda dan nyawa masyarakat amnya.
Aku melihat Hussain masih lagi tegap tubuh badannya dan sentiasa senyum dengan berseri seri terpancar di raut mukanya menunjukkan betapa ikhlas beliau bekerja walau pun dengan membawa teksi sebagai kerja sambilannnya.




Friday 20 June 2014

Perjalanan Seorang Banggala


Di stesyen hari ini tidak ada banyak teksi cuma yang ada kami bertiga sahaja.Pak Syed, Shahjahan dan aku.Pagi ini perjalanan trip agak lembab sedikit maklumlah hari rabu memang selalu macam tu.Aku berada di trip no satu dan diikuti Pak Syed dan Shahjahan.Aku lihat di hadapan lobi hotel itu pun tidak ada banyak orang sunyi sepi sahaja.Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi.Selalunya pada jam-jam begini kami semua dah boleh mendapat sekurang-kurangnya 2 trip seorang.
Aku lihat seorang lelaki sedang berjalan menuju kearah stesyen teksi ,lelaki ini nampak simple sahaja dengan mengalas sebuah bag galas di bahunya.Setelah lelaki itu mendekati stesyen aku terus mendapatkan lelaki itu.”Encik ,nak pergi mana “? Tanya ku kepada lelaki tersebut.Pemuda itu terdiam tidak berkata apa-apa pun tanpa sepatah kata.Aku renung betul-betul mukanya.Oh baru aku perasan bahawa lelaki itu bukannya warga Malaysia .Jadi sudah tentulah dia tidak faham bahasa Malaysia .Aku senyum kepadanya dan mula bertanya kepadanya di dalam bahasa Inggeris .”Yes, mister where are you going”?
Lelaki itu tersenyum sambil berkata “I’m going to Ibeden Factory in Juru,Seberang Perai”.Lantas aku pun menjemputnya masuk kedalam teksi ku.Rupanya pemuda itu adalah warga Banggalades yang bekerja di sebuah kilang yang agak ternama di sini.Sekali imbas memang tidak nampak macam Banggala yang selalu aku temui disini.Beliau kelihatan agak cerah dan bertutur dengan bahasa Inggeris yang amat baik tidak seperti yang pernah aku temui selalunya.
Semasa di dalam perjalanan untuk ke kilang tersebut ,talifon bimbitnya berdering dan aku dengar beliau bercakap di dalam bahasa Jepun dengan seseorang rakan sejawatnya.Selepas perbualan itu aku pun bertanya kepadanya untuk apa dia hendak ke kilang tersebut.
Beliau berkata bahawa hari ini beliau cuti dan ada beberapa kerja yang perlu disiapkan untuk dihantar balik ke Jepun di  melalui fax.Kerja-kerja beliau ini banyak kepada R&D untuk kilang tersebut .Jadi semua kerja-kerja yang beliau lakukan adalah amat penting dan jadi sebahagian daripada rahsia kerjanya.Segala surat menyurat hendaklah dilakukan di pejabatnya di kilang tersebut.
Seterusnya beliau menceritakan pengalaman kerja  beliau kepada ku sehingga dihantar oleh kilang di Jepun untuk berkhidmat disini.Selepas beliau menamatkan pengajian beliau di Banggalades beliau menyambung pelajaran beliau di Jepun selama 8 tahun sehingga ke peringkat Master.Setelah tamat pengajian disana beliau ditawarkan berkhimat di kilang Ibeden selama 2 tahun setengah.Beliau juga menceritakan bahawa kos sara hidup di Jepun sangatlah tinggi berbanding dengan negara-negara yang di Asia Tenggara ini.Untuk menyewa sebuah bilik boleh mencecah sebanyak Rm3000 ringgit wang Malaysia sebulan.
Sekarang ini beliau dihantar oleh majikannya untuk satu projek disini selama satu tahun menjalankan projek R&D .Beliau memberitahuku bahawa beliau merasa cukup selesa berada di Malaysia kerana iklimnya sesuai dengan negara Banggalades dan makan minum juga ada persamaan berbanding dengan makanan di Jepun kebanyakkannya makanan yang kurang dimasak dan ada juga yang tidak masak.Di Jepun pada musim sejuk beliau terpaksa memakai pakaian sejuk sehingga berlapis-lapis dan musim sejuk disana sungguh panjang.
Beliau juga cuba memperlajari beberapa bahasa Melaysia kerana beliau tertarik dengan cara orang-orang Melayu  bertutur sesama sendiri .Jadi dalam perjalanan ini kami sempat berbual dan memperlajari beberapa bahasa bangla dan bahasa Melayu dan sama-sama bertukar pendapat mengenai beberapa perkara dan hal ehwal semasa.
Aku amat kagum dengan kegigihan beliau walaupun memegang jawatan yang peting di dalam kilang tersebut tetapi tidak langsung menunjukkan sifat sombang dan bongkaknya sentiasa merendah diri apabila bertutur dan penuh hormat.Beliau juga ada bercadang untuk memohon supaya ditempatkan disini sekembalinya dari Jepun pada minggu depan katanya.

Katanya lagi Malaysia adalah sebuah negara yang maju dan makmur dimana rakyatnya hidup bersatu padu walaupun ada perbedaan pendapat tidk seperti di negara beliau dimana keadaan adakala tidak stabil dengan ekonomi yang kurang baik.Sebab itulah kita boileh dapati banyak pendatang-pendatang daripada Banggalades keluar daripada negara itu untuk mencari kehidupan yang lebih selesa dengan sanggup meredah berbagai-bagai dugaan semata-mata mencari satu kehidupan yang lebih selesa.

Tuesday 17 June 2014

Jodoh oh Jodoh



Pagi ini suasa sungguh dingin sekali, jam menunjukkan pukul 7.00 pagi.Semalam hujan turun dengan lebat dan angin kencang,diatas jalan raya aku dapati ada beberapa ranting dahan  yang patah .Temujanjiku pada jam 7.30 pagi untuk mengambil En.Ibrahim ke lapangan terbang.
“Hello,En.Ibrahim dah siap belum, saya tunggu di bawah kondominum hadapan pos pengawal” kataku setelah sampai dihadapan kondominum yang tersergam indah di Batu Feringghi.
Encik.Ibrahim adalah salah seorang pelanggan tetapku ,dia berkerja sebagai pembekal bagi alat-alat perkapalan .Aku mengenalinya hampir 5 tahun lamanya.Dia merupakan seorang yang baik hati dan tidak lokek .Beliau belum beristeri walaupun usianya mencecah hampir 50 tahun.
Pernah juga aku bertanyakan kepadanya mengapa dia tidak mahu mendirikan rumah tangga walhal dia memang mampu dan berkeupayaan.Selalu bila aku bertanyakan soalan ini dia selalu mengelak dengan berbagai alasan.
Alasannya selalu dia kata tidak ada jodoh ,tak ada masa dan macam-macam lagi helahnya.Aku kekadang pun tertawa bila  dia beri alasan yang tidak masuk akal.Walau bagaimana pun Encik.Ibrahim tidak marah walaupun soalan yang ditanya ini tidak disukainya untuk menjawab.Mukanya sentiasa  manis menunjukkan budiperketinya yang cukup tinggi dan berhemah.
“Assalamualaikom,Encik Ibrahim  apa khabar hari ini” aku menyapanya apabila terlihat dia sedang berjalan dengan bag pakaian yang dibawanya menuju kepada ku yang sedang menunggunya di hadapan pos pengawal.
“Mualaikomusalam” jawabnya seraya menberi bag pakaiannya kepada ku lalu letakkan di boot teksi ku.Jam menunjukkan pukul 7.40 pagi ,perjalanan untuk ke lapangan terbang mengambil masa dalam masa 45 minit.Masih lagi sempat kerana kapal terbangnya jam 9.30 pagi untuk ke Bangkok.
“Semalam hujan lebat, saya terlajak tidur “ katanya sambil membetulkan butang lengan bajunya.
“Saya pun baru sampai En.Ibrahim,kita masih lagi sempat “ ujarku sambil menghidupkan engin teksiku.
“Kali ini berapa hari En.Ibrahim nak ke Bangkok”Tanya ku kepadanya kerana selalunya dia akan keluar negara agak lama juga.
“Kali ini saya cuma pergi dalam seminggu sahaja untuk berjumpa dengan rakan perniagaan saya di sana” ujarnya .
“Nanti balik saya terus balik ke kampong saya di Kelantan ,ada hal keluarga yang hendak dibincangkan oleh keluarga saya disana” katanya sambil tersenyum simpul.
Mukanya yang manis itu membuatkan lagi suasana ceria pada pagi ini antara aku dan En.Ibrahim.Sesekali kami ketawa bersama apabila membincangkan beberapa isu-isu politik tanah air.En.Ibrahim memang tidak berminat dengan politik tetapi amat mengambil tahu tentang hal-hal ehwal politik semasa begitu jugalah dengan aku.Kamiu berdua melayan isu-isu politik tempatan sebagai halua telinga sahaja dan tidak lebih daripada itu.
Tiba-tiba En.Ibrahim meluahkan perasaannya kepada ku sambil mengeluh panjang.”Bang..saya pening bang,keluarga saya memaksa saya supaya berkahwin mereka dah ada calon untuk saya seorang wanita yang lebih muda daripada saya umur dalam 35 tahun bekerja sebagai guru di sekolah menengah di Kelantan.Ini adalah permintaan ibu saya,pening kepala saya memikirkannya.Nak tolak ini kemahuan ibu, nak terima saya betul-betul tak fikirkan tentang nak beristeri dan bersedia mendirikan rumah tangga sebab pekerjaan saya memang begini selalu berjauhan daripada rumah adakalanya berminggu lamanya.Saya takut rumah tangga yang akan saya dirikan ini tidak boleh bertahan lama” katanya sambil merenung jauh kehadapan.
“Dahulu saya pernah bercinta dengan seorang wanita pilihan hati saya selama 3 tahun tetapi akhirnya dia meninggalkan saya sebab saya tidak boleh memberi perhatian terhadapnya, sehingga sekarang  saya rasa fobia dengan perkara ini.Saya tahu pekerjaan saya amat mustahak sebab ianya sebahagian daripada kehidupan saya.Rasanya tidak akan ada wanita yang boleh setia  dan sabar dengan saya disebabkan oleh cara saya bekerja.”Katanya meluahkan perasaannya kepada aku .
“Beginilah En.Ibrahim.Umur En.Ibrahim pun dah meningkat sampai bila agak-agaknya En.Ibrahim boleh bertahan .Setiap insan Allah menjadikannya berpasang-pasangan .Kerana apa Allah menciptakan insanNYA berpasang-pasangan kerana ingin melihat pasangan ini berkembang biak .En.Ibrahim ada segalanya .Apa yang dibimbangkan oleh En.Ibrahim ini hanyalah ganguan sementara sahaja sebab peristiwa cerita lama.Keadaan berubah sekarang ini adakalanya apa yang kita bimbangkan itu tidak akan berlaku ianya cuma perasaan rasa sahaja ataupun kita agak-agak bukannya reality pun.Jadi saya rasa En.Ibrahim kena hadapi realiti kehidupan ini dan ikut sunah nabi saw.Sesibuk Perdana Menteri pun berkahwin, inikan pula orang macam kita ini En.Ibrahim”kata ku sambil ketawa dan kulihat En.Ibrahim senyum simpul dengan kata-kata ku tadi kepadanya.
“Bang..rasa ok ke kalau saya kahwin dan tamatkan zaman bujang saya ini” katanya untuk memdapat poendapatku sekali lagi.
“Kahwin En.Ibrahim kemudian insyaalah Allah akan beri petunjuk macam mana nak lalui perjalanan hidup setelah berkahwin” kata ku dengan memberi semangat kepadanya.
Aku lihat dia tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepalanya dengan kata-kataku tadi.
“Sudah sampai dah di lapangan terbang ni” kataku sambil memberhentikan teksiku di hadapan pintu masuk .
“Terima kasih bang dan terima kasih sekali lagi sebab bagi saya kekuatan tadi”katanya sambil menghulurkan wang tambang kepadaku dan terus mengambil bag pakaiannya dan masuk ke dewan pelepasan untuk mendaftarkan dirinya.