Monday 30 June 2014

Inilah Syahadah Ku



Hari minggu sudah aku bertemu dengan rakan lama ku semasa di perjumpaan alumi sekolah lama kami.Maklumlah sudah 33 tahun berpisah sejak tahun 1981 lagi , semasa itu kami di dalam satu kelas yang sama.Rakan ku ini bernama Adnan Bin Kamaruddin  dia merupakan seorang yang pintar berbanding dengan rakan-rakan Melayu kami yang lain.Disekolah lagi kalau ada pertandingan syarahan atau membaca tilawah al-quran beliau selalu mengambil bahagian .Perwatakan beliau sangat menarik dengan sifat lemah lebutnya dan bersopan santun tidak seperti kami-kami yang lain agak kelakar sikit dan selalu suka mengusik .
“Adnan ,macam itu juga walaupun sudah mencecah umur 50 tahun masih nampak macam tu juga kamu ni”kata ku kepada Adnan yang sedang duduk berbual dengan rakan-rakan ku yang lain.
Sambil tersenyum beliau bingkas bangun dan memelukku tanda kemesraan kami yang tidak pernah pudar sejak dibangku sekolah lagi.
“Awak apa khabar?,aku lihat banyak perubahan tidak serupa dulu lagi.Dahulu awak rendah dan kurus kering , sekarang ni dah berisi,tinggi  dan agak tegap badan awak” ujarnya kepada ku sambil menepuk bahu ku.
“Macam tu la Nan,masa berubah segalanya,sekarang ni awak tengok sendiri rambut pun dah penuh beruban tak macam kau masih hitam lebat lagi,ni tentu ada rahsia tersendiri ni”? kataku sambil diselang-seli dengan ketawa daripada rakan-rakan ku yang berada di sekeliling kami.
Adnan lantas menceritakan pengalamannya setelah tamat  diTingkatan 5  dan beliau terus mendapat pekerjaan di sebuah bank tempatan .Beliau bekerja sehingga ke jawatan pengurus cawangan di bank tersebut dan memohon berhenti secara sukarela .Selepas bersara beliau membuka kedai  francias Ayam Mas dan pada masa yang sama beliau juga membuka kelas  Al-Quran di Bandar Kulim,Kedah.
Beliau mempunyai seramai 150 orang murid dan 4 orang tenaga pengajar termasuk dirinya.Aktivitinya sangat padat dari pagi sehinggalah ke malam.Di dalam perbualannya itu aku sangat menarik di mana dia berkata dia telah mengislamkan seorang lelaki rakyat Filipina berumur didalam 27 tahun. Pemuda itu sebelum ini beragama Kristain Khatolik.Pemuda itu bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang elektronik di Taman Industri  Hi-Tec Kulim .Namanya Arjay Fernandez Bagtas.
Ceritanya bermula dimana pemuda ini menjadi keliru   dengan anggapan Nabi Isa a.s. itu sebagai anak tuhan.Sekiranya Nabi Isa a.s. itu anak tuhan kenapa tuhan membiarkan anaknya dibunuh.Sedangkan Tuhan itu Maha Kuasa di atas setiap sesuatu.Kekeliruan mengenai Ketuhanan dan Nabi Isa a.s. itu membuka hatinya untuk mendekati agama Islam dengan memasuki kelas Al-Quran dibawah bimbingan Ustaz Adnan selama 3 bulan.Setelah mendalami Al-Quran ,beliau mulai faham akan Keesaan Allah selepas membaca surah Al-Ikhlas tentang ketuhanan yang Maha Esa dan ianya berbeza daripada kefahaman yang dipercayainya dahulu dengan mengatakan Nabi Isa a.s. itu anak tuhan. Satu lagi keajaiban Al-Quran yang beliau dapati bahawa setiap huruf dan ayat didalam kitab tersebut tidak pernah berubah walaupun satu ayat dari dahulu sehinggalah kini dan tiada sebarang kecelaan terhadap ayat-ayat tersebut.Sedangkan kitab Injil yang dicetak oleh para paderi itu ada yang bertindih dan tidak sama antara satu sama yang lain dan ianya mengikut kefahaman pendeta-pendetanya yang berbagai-bagai itu.
Pada suatu pagi ,pemuda itu menyatakan hasrat hatinya ingin memeluk agama Islam setelah mendalami dan memahami Islam dibawah tunjuk ajar Ustaz Adnan .Alangkah bahagianya perasaan Ustaz kerana anak bimbingannya telah terbuka hati memeluk Islam dan pada saat itu jugalah Ustaz Adnan mengajarkan Syahadah kepada pemuda itu  dengan deraian air mata keikhlasan di hati kedua-dua nya .Selepas mengislamkan pemuda itu Ustaz membawa pemuda itu ke pejabat Agama Kulim, Kedah untuk membuat surat pengesahan pengislaman beliau.Nama Islamnya ialah Eshan Bagtas.
Begitulah pengakhiran pencarian ketuhanan yang terjadi keatas seorang pemuda yang Allah telah membuka kunci hatinya untuk menemui agama yang Allah redai.



No comments:

Post a Comment