Thursday 5 June 2014

Kucing Ku Ping Pong Namanya

Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi , aku didatangi oleh seorang lelaki warga British untuk ke Pejabat Besar Pos.Beliau hendak mengeposkan buku yang dibelinya tempoh hari untuk anaknya .Setelah menghantar beliau ke pejabat pos aku pun pulang semula ke stasyen .Semasa di dalam perjalanan pulang aku melalui jalan Lebuh Pantai.Sememangnya jalan tersebut pada waktu begini amatlah sesak disebabkan terdapat bank-bank dan pejabat kerajaan di sepanjang jalan tersebut.Jalan raya sesak dengan pelbagai kenderaan.
Di dalam kesesakan itu aku terlihat seekor anak kuching berwarna hitam dan putih sedang berada di tengah-tengah jalan raya yang sesak itu.Dihadapan teksi ku ada sebuah van yang nyaris-nyaris mengelek anak kucing tersebut.Aku tidak sampai hati melihat anak kucing itu bertaruhkan nyawanya di atas jalan raya tersebut,lantas aku pun memberhentikan teksi ku di tengah-tengah jalan raya walau pun aku dihon beberapa kali oleh kenderaan yang berada di belakang ku .Apa yang bermain di kepala ku adalah nyawa seekor anak kucing .Lalu aku terus mendapatkannya .Semasa aku mendapatkannya ,anak kucing itu beberapa kali menggigit tanganku .Aku tak peduli kerana yang penting aku selamatkan dahulu anak kucing itu daripada menjadi mangsa .
Setelah aku mengambil anak kucing tersebut aku terus membawanya balik kerumah ku.Anak-Anak ku berasa sungguh gembira kerana selama ini memang mereka inginkan untuk membela kucing tetapi aku sendiri yang membantahnya kerana tidak sanggup melayan kerenah kucing yang akan memberi kerja yang lebih kepada ku.
Anak kucing itu dibelai dengan amat manja oleh anak-anak ku dan diberi nama Ping Pong oleh isteri ku. Nama Ping Pong diberi kerana anak kucing itu suka melompat-lompat apabila dia bermain dengan anak bongsu ku..Kami sekeluarga amat terhibur dengan telatahnya yang amat manja dan pandai bermain . Kasih sayang yang kami berikan itu cuma bertahan selama 2 bulan sahaja apabila pada suatu pagi itu aku dapati Ping Pong telah dilanggar oleh kereta jiranku.Kami sekeluarga amat bersedih terutamanya anak bongsu ku menangis teresak-esak selama beberapa hari kerana Ping Pong amat rapat dan manja kepadanya.

Bagi ku setiap insan haruslah diberikan  kasih sayang walaupun keatas seekor binatang.Kerana setiap insan  itu ada ciptaan Allah

2 comments:

  1. Oh no, Ping Pong died!! So sad la. You should go and bring home more cats!

    ReplyDelete
  2. i better bela harimau daripada bela kucing...

    ReplyDelete