Monday 23 June 2014

Bomba Oh Bomba



“Assalamualaikom, bang Hussain,hari ini tak kerja ke”? Tanya ku kepada Hussain yang berkhidmat dengan Jabatan Bomba Malaysia.Hussain adalah salah seorang anggota kerajaan yang berkhidmatan dengan Jabatan Bomba Malaysia dia juga memandu teksi pada waktu dia tidak bekerja sebagai kerja sambilannya.”Semalam kerja malam, pagi baru habis kerja terus bawa teksi “ katanya kepada ku sambil membetulkan kerusi di stesyen .
Hussain telah menjangkau umur 58 tahun pada tahun ini dan dia sudah lama berkhidmat dengan Jabatan Bomba Malaysia.Daripada cerita Hussain dia mula berkhidmat dengan Jabatan Bomba dari tahun 1978 lagi sehingga sekarang.Mengikuti cerita Hussain pengalaman yang tidak  akan dilupakan adalah apabila dia baru-baru mula berkhidmat ,semasa itu dalam tahun 1979 sewaktu dia masih berumur dalam lingkungan 21 tahun.
Kebakaran 22 unit rumah kedai di Permatang Pauh merupakan kebakaran yang terbesar dan mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang besar ketika itu.Semua balai-balai bomba dari serata daerah dikerahkan untuk memadam kebakaran yang berlaku pada awal pagi sekitar jam 2.30 pagi akibat litar pintas.Pada masa itu Hussain berkhidmat di Balai Bomba Butterworth dan dia bersama-sama dengan anggotanya bertungkus lumus memadam api dari jam 2.30 pagi hingga jam 7.30 pagi.Semua 22 unit rumah kedai itu tidak dapat diselamatkan.
Semasa waktu memadam kebakaran itu Hussain dan anggotanya terpaksa meredah kemarakkan api dengan begitu mencabar dan satu per satu rumah kedai itu dapat dipadamkan sehingga kesemuanya padam .
Semasa sedang memadam kebakaran Hussain diberitahu oleh rakannya bahawa terdapat mangsa kebakaran yang tidak dapat menyelamatkan diri berada di dalam rumah kedai yang dia sedang padamkan api itu.Lantas Hussain pun mengeledah kesemua bilik dan ruang tamu rumah kedai itu malangnya dia tidak menjumpai mangsa di dalamnya.Dia kedengaran suara tangisan seorang Nyonya meraung-raung sambil menyatakan anaknya masih berada di dalam


rumah tersebut.Suasana gelap pada pagi itu tidak membantu Hussain dan dia menggunakan lampu suluh mencari mangsa sekali lagi masih juga tidak ketemui.Setelah hari makin siang dalam jam 7.30 pagi sesudah terbit matahari pagi .Mereka terus mencari mangsa yang terperangkap di dalam rumah tersebut dan Hussain dapati mangsa itu berada di tempat dia memadam api pada awal pagi tadi dimana dia telah terpijak tengkorak mangsa dan badan mangsa telah pun hangus di makan api sama sekali yang tinggal hanyalah cebisan tulang tengkorak dan sebahagian cebisan daripada isi badan yang telah terbakar.Melihat akan kejadian itu Hussain merasakan terlalu pilu, sedih dan sebak kerana tidak dapat menyelamatkan mangsa tersebut dan daripada pengamatannya mangsa mungkin mati setelah sesak nafas dan terbakar sepenuhnya sebelum pihak bomba sempat datang lagi.
Setelah itu Hussain dan anggotanya mengutip serpihan isi dan tulang yang masih terdapat di dalam rumah itu dimasukkan kedalam bag plastik untuk dibuat laporan kepada pegawainya.
Itu adalah pengalamannya yang pertama dan tragis sehingga hari ini beliau masih boleh dapat membayangkan kejadian itu.Walau bagaimana pun demi tugas, beliau masih lagi tabah dan menganggap bahawa setiap kejadian- kejadian yang berlaku  itu adalah sebagai ujian bagi dirinya yang berkhidmat  dengan ikhlas untuk menyelamatkan harta benda dan nyawa masyarakat amnya.
Aku melihat Hussain masih lagi tegap tubuh badannya dan sentiasa senyum dengan berseri seri terpancar di raut mukanya menunjukkan betapa ikhlas beliau bekerja walau pun dengan membawa teksi sebagai kerja sambilannnya.




1 comment:

  1. Hi,

    Good day. I came across your blog while I’m blog surfing and I found your wonderful blog. Are you interested to earn extra income? If yes, please reply to my email winston@exabytes.com

    I am looking forward to hear from you. Thank you.

    ReplyDelete