Wednesday 2 July 2014

Mentari Muncul Lagi



Sebut tentang keropok leko NOBA teringat tentang kegigihan seorang wanita yang begitu gigih di dalam industri pembikinan keropok leko.Namanya Puan Balkiah Bi Binti Sarijan.Tidak siapa sangka bermula secara kecil-kecilan kerana membantu suaminya yang berpendapatan kecil  dan dalam  keadaan terdesak disebabkan kegawatan ekonom pada tahun 1998 membuat beliau dan suami nekad untuk berniaga keropok leko di bawah pokok berhampiran dengan rumahnya demi untuk membesarkan anak-anaknya yang seramai 4 orang yang masih kecil.
Ceritanya modal permulaan hanyalah di dalam Rm180.00 dengan bermodalkan sekaki payong besar, meja lipat dan dapur serta belanga memasak papan pelapik untuk meja lipat itu suami beliau mencari di bekas tapak pembuangan sampah di Petaling Jaya,Selangor  kerana kekurangan modal.
Kak Kiah sebenarnya bukanlah seorang yang berminat berniaga pada mulanya tetapi disebabkan desakan hidup membantu suaminya beliau menahan malunya apabila hari pertama berniaga di bawah pokok ditempat tinggal beliau itu.
Hari pertamanya beliau membeli sebanyak 20 batang kleropok leko daripada lori  pembekal .Perniagaan pada hari pertama sangat memberangsangkan dan semua jualannya habis.Dan seterusnya pada hari kedua Kak Kiah menaikkan  kepada 30 batang  dan pada hari ketiga kepad 50 batang semua perniagaan nya habis setiap hari yang beliau berniaga.Masuk pada hari keempat Ketua Kampung dating dan menegurnya kerana berniaga tanpa minta kebenaran daripada Ketua Kampung disitu.Kak Kiah meminta maaf kepada ketua Kampung tersebut maklumlah bel;iau bukannya pernash berniaga sebelum ini .Pada kesokan harinya dating Majlis Perbandaran Petaling Jaya satu lori untuk memusnahkan perniagaan Kak Kiah mdengan rasa rendah diri Kak Kiah merayu kepada pegawai penguatkuasa supaya tidak memusnahkan barang perniagaannya.Pegawai penguatkuasa member peluang hari pada hari itu sahaja dan tidak membenarkan Kak Kiah berniaga lagi di tempat itu.
Setelah pulang kerumah Kak Kiah termenung memikirkan tentang nasib keluarnya nanti disebabkan tidak diberi peluang untuk berniaga di tempat itu.Lalu Kak Kiah dan suaminya membuat nekad untuk terus berniaga walaupun apa saja yang berlaku dan rintangan .Selepas dalam seminggu berniaga tidak ada apa-apa yang berlaku sehinggalah pada satu petang lebih kurang jam 4.30 petang dating sekali lagi penguatkuasa yang sama pada minggu sudah dengan lori dan kakitangan nya,terus menyergah  kepad Kak Kiah yang sedang berniaga bersama dengan suaminya.Meraka secara rakus lalu menendang meja tempat Kak Kiak berniaga dan bertaburang semua keropok leko Kak Kiah ke tanah melihat kejadian itu hancur luluh hati Kak Kiah pad ketika itu dan semua peralatan dan barangan Kak Kiah disita dan beliau diberi kompaun sebanyak Rm300.00 .Perasaan hiba bercampur malu sangat tebal  kepada pelanggang Kak Kiah tetapi itu adalah asam garam orang berniaga di kaki jalan.Perniagaan pada hari itu Kak Kiah rugi teruk ,pendapatran baru Rm 50.00 kena denda Rm 300.00 modal kak Kiah Rm 300.00.
Keesokan harinya Kak Kiah pun pergi membayar denda tersebut dan mengambil kembali peralatannya kerana itu sahaja yang ada untuk Kak Kiah untuk meneruskan perniagaan keropok lekonya.Pada malam harinya Kak Kiah berbincang dengan suaminya untuk mencuba nasib berniaga di pasar malam di daerah itu.
Pada keesokan malamnya Kak Kiah dan suaminya pergi ketapak pasar malam lalu bertanya kepada salah seorang peniaga disitu adakah mana-mana tempat kosong untuk beliau berniaga lalu disuruh berniaga dipenghujung  jalan tapak pasar malam itu.Pada minggu hadapan seperti biasa Kak Kiah berniaga di tempat yang sama juga tetapi kali ini Kak Kiah dimarahi oleh AJK pasar kerana dihujung tapak itu tidak dibenarkan berniaga  mungking kerana menggangu lalulintas agaknya.AJK tyersubut meminta Kak Kiah bertukar ke tapak niaga yang ditengah sebab tapak tersebut kosong dah agak lama sebab peniaga itu tidak dating.Kak Kiah pun masuk ke tapak niaga tersebut tetapi harus membayar pajakan tapak sebanyak Rm400.00 kepada AJK tersebut.Kak Kiah tidak ada wang sebanyak itu maklumlah “kais pagi makan pagi kais petang makan petang”.

Kak Kiah memberanikan dirinya danj nberjanji akan melunaskan pajakan tapak itu pada keseokan harinya.Setelah berpindah masuk ketapak tersebut.Kak kiah dah terasa cukup bahagia sebab diberi tempat dan peluang ini semua di atas doanya kepada illahi dan beliau bersyukur keatas rahmatnya.
Keesokan harinya Kak Kiah mengambil rantai lehernya dan digadai untuk membayar yuran tapak tersebut tetapi jumlah gadaian tersebut cuma Rm350.00 sahaja kurang lagi rm 50.00.Bagaimana pun bakinya Kak Kiah  dapat jelaskan pada malam hari selepas tamat perniagaan kerana hasil jualannya  pada malam itu merningkat sebanyak Rm240.00.
Begitulah masa berganti hari berganti bulan berganti tahun Kak Kiah berniaga disitu sehingga keropok leko Kak Kiah memang terkenal daripad bermula hanya 20 batang sehinnga mencecah 5000 batang sehari sehingga pihak pengilang di Terenganu tidak dapat lagi membekalkannya lagi kepada Kak Kiah.Perkara kekurang  mendapat bekalan daripada pengilang berlarutan selama 4 tahun lamanya .Lantas Kak Kiah mencadangkan supaya suaminya mengikuti kursus membuat keropok leko di Terengganu .Setelah ada pengetahuan membuat keropok leko Kak Kiah dan suaminya terus membuka kilang mereka sendiri yang pertama di Shah Alam Selangor dan yang kedua di Chemor,Perak.Sekarang ini Kak Kiah mempunyai seramai 70 orang pekerja yang bekerja dengan Syarikat Kak Kiah yang ditubuhkan pada tahun 2004 diatas 2 nama Keropok Dunia Sdn.Bhd dan Industri Keropok Dunia.Pasaran yang telah Kak Kiah tembusi ialah Brunai,Hong Kong,Singapura dan China.Pasaran tempatan yang ditembusi oleh syarikat Kak Kiah ialah Mydin,Giant dan semua pasaraya di Malaysia.
Begitulah cerita seorang usahawan yang berjaya daripada seorang pekerja kilang yang dimaki diherdik dan berniaga dibawah pokok ditendang terajang serta dirampas  barang keperluan perniagaan. Mereka bangun dan tidak berputus asa selagi kemahuan itu ada .
Kata-kata keramat yang Kak Kiah ungkapkan ialah “Kalau kita ketuk batu di tempat yang sama  lama-lama pasti  pecah juga batu yang keras tu”Samalah juga kalau hendak berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya mesti kena berusaha dan bekerja keras .


No comments:

Post a Comment