Tuesday 27 May 2014

Lubuk Pulau Keramat

 Aku sedang memperkemaskan peralatan memancingku yang dah lama tersimpan di dalam bilik stor di rumah ku.Isteriku sesekali menjeling tajam sememangnya dia tidak suka aku keluar memancing terutamanya bila hari dia tidak bekerja.Maklumlah kerja-kerja di rumah pun banyak yang hendak dibuatnya.Tetapi aku pun punyai hobi tersendiri teringin juga sesekali keluar dengan member-member kaki pancingku.Bukannya selalu sesekali sahaja itu pun apabila  cuaca  kami dapati baik barulah kami keluar memancing.
Talipon tangan ku berdering “Ya..abang dah siap ni” aku memberitahu Shahrul yang sedang menunggu ku di dalam keretanya di luar jalan .
Shahrul teman karib aku,memang dia kaki pancing bagi tahu di mana sahaja lubuk ikan dia akan pergi tak kira tempat dan masa.Sewaktu aku minum petang dengannya dia ada memberitahu aku tentang lubuk di Pulau Keramat katanya kawan dia pergi minggu sudah bawa balik banyak ikan di lubuk itu.Nampak dia  beria-ia sangat mengajak aku ke sana hujung minggu ini.
“Bang ..kita pergi memancing di Pulau Keramat hujung minggu ni,saya dengar ada banyak  ikan disana boleh kita ajak Zainal dengan Md.Noor sekali ,lagi pun dah lama tak keluar memancing dengan mereka” katanya dengan penuh minat sambil membuka buku kecil kalendar air pasang surut di dalam bag galasnya.
“Pagi tak boleh shahrul abang ada kerja sikit nak buat,abang kena hantar seorang pelanggan ke lapangan terbang” aku memberitahunya.
“Ok..kalau macam tu kita pergi malam sebab  air mula nak pasang dalam jam 8.00 malam, nanti saya talipon Zainal dan Md.Noor sekali” katanya sambil mengeluarkan talipon bimbitnya daripada bag galas yang disandangnya lantas terus menalipon Zainal dan Md.Noor.
Selesai menalipon Zainal dan Md.Noor dia mengajak aku ke kedai peralatan memancing untuk membeli serba sedikit peralatan memancing yang terletak di pusat bandar.




Setelah selesai solat Maghrib aku pun bersiap sedia dengan mengambil peralatan memancing dan bag galas aku yang terletak di hadapan pintu rumah.
“Abang nak keluar ni “ kataku kepada isteriku yang sedang mengemas di dapur.
“Jaga diri tu baik-baik dan balik awal” ucapnya dengan nada tidak suka sahaja.
Biasalah orang perempuan memang macam tu kalau ikut cakap mereka macam mana pun tidak mengapa ,buat pekak sesekali ok juga kata hatiku.
Shahrul sedang menungguku di dalam keretanya diluar  “Mana yang lain?” aku bertanya kepada Shahrul yang sedang membetulkan mesin jorannya.
“Ada ..Zainal pergi ambil   sotong dan udang yang dibelinya petang tadi di pasar buat umpan memancing, Md.Noor pergi kedai 7 eleven beli air dan roti buat bekalan” katanya sambil memasukkan mesin joran kedalam boot kereta.
Aku lihat di dalam boot keretanya bersepah barang-barang dan alatan memancing macam nak pergi sebulan memancing ikan.Aku ketawa melihat gelagatnya yang suka kelam kabut.
“Kenapa banyak sangat barang dalam boot kereta? “. sambil tersenyum lalu meletakkan peralatan memancingku ke dalam boot kereta.
“Biasa lah bukan saya punya seorang abang..tu 2 ekor punya sekali “ sambil menuding kearah Zainal dan Md.Noor yang sedang berjalan menuju ke arah kereta kami .
Aku lihat Md.Noor dengan topi Baseball Adidasnya dan Zainal dengan bungkusan udang dan sotong di tangan  mereka nampak tersenyum sambil melambai ke arah ku.“Abang.sihat.”? tegur Zainal  sambil menghulurkan tangan bersalaman dengan aku begitu juga dengan Md.Noor sambil memegang bungkusan minuman dan makanan ditangannya.
Selepas memasukkan udang dan sotong kedalam bekas ais yang kami bawa, kami pun terus menaiki kereta  menuju ke arah masjid di mana  bot aku  berada di bawah masjid.Air sedang pasang jadi tidaklah sukar sangat untuk bergerak keluar di bawah masjid .Kami pun memunggah barangan yang berada di dalam boot kereta terus ke bot .Setelah siap semuanya kami pun perlahan-lahan menolak bot tersebut ke tempat yang agak dalam sedikit untuk memudahkan aku menghidupkan enjin bot.Setelah aku memasang lampu di bot tersebut kami pun bertolak ke Pulau Keramat .Jarak diantara tempat aku ke Pulau Keramat itu hanya dalam 15 minit perjalanan sahaja..Daripada masjid boleh kelihatan Pulau tersebut dengan lampu rumah apinya berkelip-kelip sangat jelas.
Semasa bertolak cuaca sangat baik ,bulan agak terang malam itu dan  air sedang pasang jadi tidak terlalu berombak.Aku lihat Zainal duduk di hadapan sekali sambil Md.Noor dan Shahrul duduk di bahagian tengah dan aku mengemudikan bot .Sementara untuk sampai ke tempat lubuk yang dikatakan oleh Shahrul itu ,beliau sempat menyiapkan ikatan pada kail-kail yang akan  diperlukan nanti.
Di dalam perjalanan itu Md.Noor ada menceritakan pengalamannya memancing di Langkawi bulan sudah .Katanya ada banyak tempat yang menarik dan lubuk-lubuk ikan di sana.Shahrul dan Zainal mendengar dengan penuh minat.
Md.Noor seorang sub-kontraktor ,beliau telah lama berkenalan dengan kami sewaktu kami memasuki pertandingan memancing pantai di satu pertandingan yang dianjurkan oleh kelab joran disini .
Dalam hatiku berkata” Nanti ke sana pula lah dengan Si Shahrul ni, pantang dengar lubuk ikan “.aku tersenyum sendirian.
“Abang tersenyum sengeh kat kami pasal apa?” tanya Zainal .
“Nanti Langkawi pula ler”..balasku sambil ketawa disambut dengan ketawa Zainal yang berdekah-dekah.
Setelah dalam 15 minit perjalanan kami pun tiba di salah satu lubuk berdekatan dengan Pulau Keramat.Lalu Zainal yang duduk di hadapan sekali melabuhkan sauh bot disitu.
Jam ketika itu menunjukkan pukul 10.05 malam,aku lihat masing-masing mereka bersiap mengeluarkan segala peralatan memancing yang dibawa untuk memancing.
Zainal yang memulakan dahulu dan aku meminta mereka  mereka memakai baju keselamatan yang kami bawa berserta dengan lampu di kepala untuk memudahkan mereka melihat kerana aku hendak memadamkan lampu di bot aku.Biasanya kalau cerah-cerah ikan akan  nampak cahaya dan tidak akan makan umpan begitulah petua yang aku dapat daripada nelayan disini apabila memancing di waktu malam kecuali jika hendak mencari sotong waktu malam. Cahaya bot akan menarik perhatian sotong untuk datang menghampiri bot oleh itu mudahlah bagi menangkap sotong.
Kemudian diikuti oleh Shahrul dan Md.Noor masing-masing mengambil penyedap tempat memancing.Maklumlah bot aku ini tidaklah besar sangat hanya berukuran dalam 20 kaki panjang kali  4 kaki lebar dan hanya boleh  memuat untuk 4 orang sahaja .
Sementara aku mengemaskan barang-barang di dalam bot , satu sentakan daripada Zainal “Kali ini jangan terlepas “, sahut Zainal dengan serta merta merentap jorannya .Kedengaran bunyi mesin dragnya berbunyi nyaring panjang menandakan satu sentakan yang kuat daripada seekor ikan yang agak besar .
“Relek Bro, jangan tarik kuat-kuat ,main dengan dia dahulu sampai dia letih”kata Md.Noor apabila melihat  reaksi Zainal agak kelam kabut melayan sentakan daripada ikan tersebut.
Kami hanya memerhatikan  gerakan Zainal melayan ikan tersebut dengan penuh minat, sesekali kelihatan mukanya berkerut menahan sentakan ikan tersebut .Boleh tahan juga ganasnya ikan ini kataku di dalam hati.Shahrul dan Md.Noor menaikan joran mereka masing-masing untuk memberi kesempatan kepada Zainal beradu tenaga dan memberi keselesaan kepadanya.
Permainan sentak menyentak ini berlarutan selama 20 minit dan akhirnya ikan itu tewas juga di tangan Zainal yang menggunakan tali 60 pound berserta dengan tali perambut daripada steel dan mesin Abu Garcia 600 dan joran pun Abu Garcia.Kepuasan terukir dimukanya dan Shahrul menggunakan sauk yang tersedia untuk menaikkan ikan seberat 3kilo iaitu jenis siakap merah.
“Alhamdulilah syukur” ucap Zainal dengan penuh rasa kegirangan sambil menadah tangannya.
“Wah kau hebat Zainal malam ini” ucapan daripada Md.Noor sambil memasukkan ikan kedalam tong ais yang telah tersedia.
Dengan tangkapan pertama Zainal itu menaikkan semangat kami untuk terus memancing di lubuk tersebut.
Kini tiba giliran Shahrul pula menyentak jorannya dengan bersemangat menggunakan taktik yang pernuh bergaya beliau berjaya menaikkan ikan senangin seberat 1kilogram pula ,wajahnya bercahaya kegirangan selang beberapa minit  diikuti oleh Md.Noor menaikkan tenggiri begitulah sibuknya kami pada malam itu sehingga  tidak sedar masa berlalu dengan begitu pantas,  jam di tangan menunjukkan   pukul 1.00 pagi.
Perubahan air pasang kian terasa apabila bot kami dipukul ombak pertama dan cuaca tiba-tiba berubah dengan angin bertukar agak kencang menunjukkan hari semacam hendak hujan.
Pada mulanya aku tidak berapa peduli kerana sibuk melayan sentakkan ikan memang agak leka juga ,tapi aku mempunyai perasaan yang tidak sedap hati tiba-tiba sahaja.Lantas aku memberitahu mereka supaya menaikkan joran masing-masing kerana aku pasti keadaan tidak begitu baik ketika itu.
“Cukup lah tu,tinggal sama esok , hujan dah naik datang ni angin pun dah mula kencang”..kataku sambil menaikkan joran ku dan mula memasang lampu dibot .
“Tunggu lah sekejab abang, ni ikan tengah makan ni” pinta Shahrul sambil menjeling ke arah ku .
“Sudah-sudahlah jangan leka nanti susah kita semua”aku memberi amaran supaya mereka faham maksud aku tadi.
Aku lihat Zainal dan Md.Noor menaikan jorang masing-masing sambil diikuti oleh Shahrul.Zainal cepat-cepat memperkemaskan barangan dia dan menaikkan sauh .



“alamak..  sauh tersangkut bang,macamana ni ?”..aku dengan Zainal berteriak sambil merentap tali sauh yang terlekat sesuatu.
“Jangan panik ..nanti abang hidupkan engin bot dahulu” aku pun menarik tali sawat engin tetapi tak hidup juga engin bot ini.Aku terus cuba dan mencuba tak hidup juga.Keadaan ketika itu hujan dah mula turun dengan angin kencang begitu juga ombak telah mula membadai bot kami.Aku lihat Md.Noor dan Shahrul terhoyang hayang seketika apabila ombak membadai bot kami.Lantas aku menyuruh Md.Noor dan Shahrul supaya berpegang di tebing bot dengan kuat-kuat supaya mereka tidak tercampak ke laut.Zainal masih lagi merentap tali sauh tetapi tak berjaya juga untuk menaikkan sauh yang terlekat itu.
Air  mula memasuki bot aku dan kami basah kuyup dan kesejukan ,aku cuba dengan sedaya upaya untuk menghidupkan engin bot ku pada kali ini dengan ucapan “Bismillahhirahmannirrahim”..Alhamdulilah dengan tiga kali tarikan engin bot itupun mula hidup dan sekarang ini pula aku terpaksa menaikkan sauh yang terlekat didasar laut pula.Aku menyuruh Zainal lepaskan tali sauh itu dan menyuruh dia berpegang kuat-kuat di hujung bot .Dengan sekali lonjakan sauh itu pun terlepas ..alhamdulilah rasa satu kelegaan diantara kami kerana dapat beredar daripada lubuk itu dan bot kami nyaris-nyaris tengelam akibat pukulan ombak tadi.Zainal dengan bingkas menarik naik sauh yang terlekat itu .
Tanpa membuang masa aku terus keluar daripada lubuk Pulau Keramat yang aku rasa ada sesuatu yang tidak kena pada kejadian sebentar tadi.Aku mengemudikan bot aku ke arah pantai dan menuju ke arah masjid  tetapi hujan masih lagi turun dan angin kencang menyebabkan lautan bergelora .Sesekali bot kami dipukul ombak besar dan aku lihat mereka bertiga terhoyong hayang menahan pukulan ombak .Setelah keluar daripada lubuk tersebut menuju ke arah pantai tiba-tiba suasana kembali tenang tiada lagi ada angin kencang dan hujan lebat juga laut bergelora.Ini satu keanehan yang berlaku kepada kami.Aku terdiam sambil mengucapkan kesyukuran diatas malapetaka yang kami hadapi sebentar tadi.


Kasihan aku melihat sahabat-sahabatku yang mengigil kesejukan dek kena hujan lebat tadi.
“Jom kita balik” aku memberitahu mereka dan lihat mereka terdiam seketika dan memberi isyarat setuju.Semasa di dalam perjalanan pulang tiada sesiapa pun di antara kami yang berkata-kata.Wajah masih lagi pucat lesi akibat terkejut dengan kejadian yang menimpa kami tadi.
Aku tersenyum memandang kawan-kawan ku itu sambil menjeling sesekali kearah Pulau Keramat tempat peristiwa yang tidak akan dapat aku lupakan itu. Setibanya di Masjid tempat aku menambat bot aku itu ,kami menurunkan peralatan dan juga hasil tangkapan kami itu ke daratan dan terus ke kereta yang berada di kawasan pakir .
“Jom pi kedai Tom Yam depan rumah abang dah lapar ni” Shahrul mengajak kami pergi makan dan jam dah menunjukkan sudah pukul 2.30 pagi.Kedai Tom Yam itu memang buka sehingga jam 3 pagi dan taukenya  berasal daripada Pattani,Thailand.Masakannya memang sedap terutamanya bila perut dah lapar.
Kami berempat pun terus ke kedai Tom Yam yang terletak di hadapan jalan memasuki rumah ku dan memesan makanan .Semasa kami sedang menjamu selera , Md.Noor sempat bergurau dengan Shahrul “Best Tak Tadi?”  kami ketawa berdekah-dekah .Kejadiaan ini memang pelek sebab hanya berlaku di kawasan sekitar lubuk itu sahaja tapi bagi kami setiap kejadian itu ada hikmahnya di mana masing-masing kami benar-benar bertawakal kepada Allah sepenuhnya pada saat yang begitu getir  dan bersyukur di atas keselamatan dan perlindungan daripadaNYA.
“Apa macam Langkawi Jadi Ke?”..usik Zainal kepada Shahrul sambil membayar bil makanan kami dan masing-masing tersenyum memandang Shahrul yang tersandar kekenyangan.


No comments:

Post a Comment